Pemashyuran Pindaan Undang-Undang Tubuh Perak, 1954

Pada 27.9.1954, DYMM Sultan Yussuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radzialah telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak. Istiadat tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dengan disaksikan oleh seramai 100 orang kaum kerabat Diraja, Pembesar-Pembesar Negeri, Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri serta Konsul Muda Indonesia di Pulau Pinang.

Sebelum istiadat pemasyhuran ini dijalankan, segala pindaan yang hendak dibuat terhadap Undang Tubuh Perak ini telah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri pada 1 Julai 1954. Setelah dipersetujui barulah upacara menandatangani pemasyhuran dijalankan pada hari ini dalam tahun 1954. Istiadat tersebut didahului oleh DYMM Sultan dan kemudian diikuti oleh 23 orang lain iaitu 7 orang dari Kerabat Diraja, 3 Orang Besar Berempat, 7 Orang Besar Delapan, 2 Orang Tok Muda dan 4 Orang pihak Tua-Tua. Pindaan Undang Tubuh Perak ini banyak melibatkan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara lain pindaan ini menetapkan bahawa :

1. Gelaran Raja Bendahara diganti semula kepada gelaran Yang Amat Berbahagia Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Yang Amat Mulia Tuanku Raja Bendahara.

2. Anggota Majlis Mesyuarat Negeri mestilah mengandungi ahli rasmi dan ahli-ahli bukan rasmi. Di samping itu ia juga mesti mempunyai 20 orang ahli yang dilantik oleh ramai.

3. Gelaran OKK Mahakurnia Indera DiRaja (ketika itu disandang oleh Raja Shahriman) dan Tok Muda Mahakurnia Indera DiRaja (disandang oleh Raja Razman) digantikan semula dengan gelaran OKK Seri Agar Diraja (kini disandang oleh Tan Sri Ramli bin Ngah Talib, bekas Menteri Besar Perak).

Sumber: Arkib Negara Malaysia

One thought on “Pemashyuran Pindaan Undang-Undang Tubuh Perak, 1954

  1. Pingback: Orang Kaya-kaya Mahakurnia DiRaja: Raja Dato’ Seri Shahriman bin Raja Abdul Hamid « SembangKuala BLOG

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s