Hubung-kait sifat “Paduka” dengan “Penghulu” dari sudut ciri-ciri ideal yang wajar bagi seseorang Sultan, Raja Yang Di-Pertuan Negeri Perak: sebuah kaji selidik

oleh YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa

“Kepadukaan” seri negeri itu adalah berupa zahir Pepucuk Pemerintahan Diraja. Sebutan “Paduka” itu mengandungi ertikata ‘Ayah Kebesaran Negeri’ dan tersirat di sebalik pengertian itu ialah maksud yang kalam, AYAH PERKAUMAN. Dalam intrepetasi orang-orang Melayu yang mengerti adat dan berbahasa, seseorang Paduka itu secara zahirnya adalah ‘Tuan Penghulu’; sebab hadirnya peranan dua watak, yakni, penghulu institusi dan ayah persukuan bangsa-bangsa Melayu yang bernaung di dalam negeri. Erti yang tersirat itu menyimpul sebutan ‘Penghulu’ menunjukkan pertalian jiwa yang amat rapat di antara Rakyat dan Rajanya. Orang-orang tertua Melayu yang diketahui dari warisan tebing Sungai Perak yang bernenek moyang di sana, setidak-tidaknya semenjak zaman “Marhum Kahar” (Sultan Iskandar Zulkarnain pada abad ke-18 M) masih memegang prinsip apakala seseorang Sultan itu sanggup merendahkan diri, bercampur-gaul amat mesra dengan para penduduk kampung, baginda secara lantas akan diakui oleh kaum Melayu di sana sebagai `TUAN PENGHULU’ mereka. Ini bukanlah bererti mereka merendah-rendahkan martabat Sultan mereka itu. Sebaliknya, mematuhi istilah sebagai ketua yang terpilih selaku `Pertuanan di hulu’ atau `Pemangkuan di hulu’ (mercu Bukit Saguntang) itulah si dia yang diterima oleh mereka sebagai `Paduka’. Berikut ini adalah sepertimana “kronologi” pertuanan negeri yang dimaksudkan oleh rakyat Melayu zaman silam di lembah Sungai Perak :

  1. Kepada Sang Raja yang akrab dengan segenap lapisan rakyat Melayu seluruh desa itulah “YANG DIPERTUANKAN”; yakni, dijadikan simbolisis “hulu kepala” masyarakat sekelompok.
  2. Raja Yang Dipertuan itulah dia yang berkesanjungan martabat, “DI BATU JEMBALA” mereka; yakni baginda selaku Tuan Penghulu itulah yang diletak berkedudukan laksana di atas sebuah batu perjembalaan istiadat, yakni, ‘peterakna’ [dari sebutan asal Patu dalam bahasa Melayu kuno “batu” dan Rakna, iaitupermata” dari pengertian Sanskrit]. Implikasinya = “Kedudukan Gemilang” di mercu Bukit Saguntang.
  3. Peterakna

    Bentuk asal Peterakna adalah cuma berupa seketul batu besar saja yang berukir indah. Zaman purba ia dikenali sebagai Batu Jembala untuk dijadikan kerusi tempat Sang Paduka mengurusi majlis negeri.

  4. Peterakna itu berada di puncak kegunungan negeri (‘takhta’) dan Tuan Penghulu itu kian dipinta bersinggah di sana (‘singgahsana’), demi bermajlis memayungi mereka. Maka panggilan timang-timangan bagi Sang Rajanya itu ialah “Payung”.
  5. Pepayungan yang berkembang itu (‘Raja Pemerintah’) sudah pun dipegangi tangkainya (seandai batang payung) oleh mereka BERTETAMPAN (beradat). Tetampan itu bertekat dengan cogan kata: “ BAKA BERTUAH PENGHULU KAMI, DULI MERENDAH DISANJUNG TINGGI”. Yakni, Raja yang berjiwa kemuliaan sahaja yang sanggup merendahkan dirinya, dan dialah yang akan diakui (diterima) oleh sekalian rakyat Melayu sedesa sebagai Wakil yang terulung baginya. Di bawah pepayungan itulah mereka bernaung (Rajanya itulah Penaung mereka), tempat mereka mengadu nasib; kerana dialah sesungguhnya “PADUKA (yang berhakikat Sang Ayah Perkauman).
  6. Kepadukaan (keayahandaan) itulah yang mengandungi SERI; (cahaya kesaktian / kekeramatan / kedaulatan) bermaksud (gelaran martabat) “Paduka Seri”, yakni “Keayahandaan Penyinar Seri”.
  7. Keseriannya itulah yang memancarkan kedaulatan teras Pemimpin mereka; dan Paduka itulah yang BERTANJAK, tidak dia bertengkolok; kerana tanjak memikul Sang SEMANGAT; yakni, tapak sandaran semangat suku bangsanya.
  8. Pasak

    Pasak Kemahkotaan Negeri berupa Kayu Halilintar (Cap Mohor) yang terselit di buku simpul ikatan Seni Pucuk Rebung tetanjak Hulu DiRaja.

  9. Semangat itulah yang terisyarat sebuah mohor bercogan yang terselit di tanjak Paduka. Maksudnya ialah mohor kecil yang terselit ke tanjak Raja Yang Dipertuan di atasan telinga kanan baginda. Cogan semangat (Cap Halilintar atau ‘Kayu Gamat’ atau ‘Kayu Gempa’ ) yang terzahir di HULU BERTANJAK itulah PASAK KEMAHKOTAAN NEGERI; dan kemahkotaan Negeri itulah lambang (imej) KEMAHKOTAAN BANGSA MELAYU.
  10. Bangsa berkemahkotaan pasak negeri adalah yang mewarisi SAKTI (tenaga); yakni, kekuatan (keteguhan) tatasusila dan akhlak jati diri kebangsaan Melayu tersandar kepada kezahiran penaung diraja yang sedang memangku lambang sakti bangsanya.
  11. Kesaktian (tatasusila) itulah yang mempunyai (mengandungi) MARUAH; dan di dalam maruah itulah tersimpannya SEMANGAT (kemelayuan). Itulah yang dipinta untuk dipertaruhkan kepada Tuan Penghulu diraja yang diamanatkan mematuhi sumpah turun termurun. Dialah Paduka Yang Di-Pertuan (Ayah Perkauman) yang menjunjungi Sang Semangat, bersemayam di Batu Jembala negeri mereka adanya.
  12. Nota kaki: Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan tanbih (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.

    This post is written by YM Raja Kobat Salehudin exclusively for SembangKuala. Thank you, Ayah. -The Editors

8 thoughts on “Hubung-kait sifat “Paduka” dengan “Penghulu” dari sudut ciri-ciri ideal yang wajar bagi seseorang Sultan, Raja Yang Di-Pertuan Negeri Perak: sebuah kaji selidik

  1. Salams et al..,
    As a student of anthropology, it must be realised that his piece on the status of Perak Kingship contains many implied meanings (Implicit and Explicit Meanings – Margaret Maud), and it has to be understood from the context of symbolic interpretation. From the short-sighted view of the orthodox sharie, they would find that it contains elements of tahayyul, whereas if taken from the point of usulluddin, it is rather logical, after all, the sons of Adam AS are the vice-regents (khalifahs) on earth… and some are elevated by Allah to be their leaders…

  2. I am very impressed with YM Raja Kobat’s command of the old malay and sanskrit words and expressions. Susah tu dan banyak effort put in, I am sure. And as for YAM Raja Shahruzzaman (KuShah), good that you have rekindled your hidden talents in anthropology…

  3. Pingback: Raja Kobat Sallehuddin ibni Almarhum Raja Muda Musa « SembangKuala BLOG

  4. Pingback: Perbahasaan istana – penggunaan Payung « SembangKuala BLOG

  5. I find it very interesting.

    What has been written by YM Raja Kobat is certainly part of the Malay Heritage, specifically Malay Civilization. With westernized education, it can be said that we lost momentarily our Malay identity so your efforts should be viewed as the necessary process of deconstruction and reconstruction of “symbols and symbolism” in order to arrive at a contemporary Malay identity.

    Viewed in that perspective, the true symbol of Ketuanan Melayu are the Malay Rulers. Still, the reconstruction effort has to go on. I suggest the editors seek assistance from Jabatan Warisan – try to obtain heritage status covering both the tangibles and the intangibles. At least KuShah will now have the opportunity of applying his knowledge of anthropology.

  6. Sembah Salam Seni Beladiri,
    Segenggam padi, sekapur sireh, sepulut kuning,

    Ayahanda, bonda, kekanda dan adinda sekalian,

    Memadailah rasanya patek ‘berbahasa’ Persuratan Melayu. Sementelah, diri bukannya ‘arifbillah berbahasa dalam. ‘Terpanggil’ sekali lagi ke sini sebenarnya atas sebab-sebab yang tertentu. Ibarat musafir di perjalanan nan kehausan bertemu telaga kampung yang sejuk dingin. Mujur sudah tahu lokasinya. Datang, teguk dan minumlah akan patek ini.

    Seperkara yang menjadi gelisah dalam hati, belum bertemu bahan-bahan hitam putih yang merakamkan perkara-perkara seumpamanya yang dibentangkan di atas. Khususnya, perkara-perkara yang berkait ‘bahasa dalam’. Ada tiada pun, pakai guna juga-lah Kamus Dewan Edisi Keempat yang berwarna merah hati itu sebagai akar. Mujur ‘berjumpa’, antaranya, akan huraian sedikit sebanyak berkait perkataan ‘DULI’, serta huraiannya .

    Diberitahu, “BAHASA, JiWA BANGSA”. Justeru, harap-harapnya ada pihak yang dapat mendokumentasikan perkara ‘bahasa dalam’ ini, agar diri, kerabat keluarga dan anak-cucu yang ‘berketurunan’ beroleh manfaat, sekaligus berupaya ‘menyambung, mengembang dan memelihara’. Maka, jiwa bangsa yang berketurunan itu tidak lagi resah gelisah, gundah gulana. Hati yang hiba di malam 21 Ramadan ini hanya ingin berpesan, buat tuanx dan puanx yang di dalam, mohon hematx kan lah juga akan kami ini yang ‘tercampak jatuh’ di luar. Andai kata ada khilaf bahasa, celupar tutur kata mahu pun sembah derhaka, patik menyusun SEPULUH jari memohon ampun maaf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki adanya.

    Moga ALAM MELAYU DAN ALAM NUSANTARA kan terus tersenyum…🙂

    “SENI BELADIRI”

    Mahadher bin Abdul Halim
    SEPULUH di FORUM HARMONi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s