Perbahasaan istana – penggunaan panggilan Tengku dan Engku

oleh YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa

Ada empat perkataan yang dipergunakan menegur segolongan orang-orang yang berdarjat kemuliaan – Tengku, Engku, Payung dan Tuan. Ianya tidak / bukannya sebagai gelaran, tetapi hanya demi mengiktirafi pangkat atau kedudukan mereka sahaja. Paparan ini berkisar penggunaan dua perkataan pertama, yakni panggilan Tengku dan Engku.

1. Menegur dalam perbualan: Tengku

Hanya ditujukan kepada:
a. Isteri Raja Pemerintah yang berbenih Orang Kebanyakan
b. Orang Kaya Temenggong
c. Orang Kaya Menteri
d. Syarifah yang menjadi isteri Raja Bergelar
e. Puteri (anak Megat) yang menjadi isteri Raja Bergelar

2. Menegur dalam perbualan: Engku

a. Ditujukan khas kepada anak-anak raja Waris Negeri dan kepada mereka yang sudah bergelar setakat pangkat dan gelaran Raja Kecil Bongsu, Raja Kecil Tengah, Raja Kecil Sulong dan Raja Kecil Besar. Raja-raja Kecil berempat ini juga dipanggil ‘Engku Cik’.
b. Syed yang beristerikan Waris Negeri (‘Engku’ ataupun ‘Engku Syed’, yakni, tidak lagi ditegurnya sebagai “Tuan Syed”)

__________________________________

Nota kaki: Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk mempaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan tanbih (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.

Paparan SembangKuala akan datang akan membincangkan penggunaan panggilan “Payung” dalam perbahasaan istana.

15 thoughts on “Perbahasaan istana – penggunaan panggilan Tengku dan Engku

  1. Kekanda YM Raja Kobat & kekanda/adinda/anaknda engku2 editor,

    3 soalan patek nak tanya..

    1) Bagaimana pula dengan bapak Syed ibunya waris negeri? anaknya ditegur dengan panggilan apa?

    2) Bila disebut waris negeri, dirujuk pada negeri mana.. dan kalau anak raja itu bukan waris negeri (Perak) seperti contoh anak raja berasal dari indonesia yang pada pangkal namanya ada gelaran “Raja” (adakah ianya juga waris negeri), apakah panggilan ataupun bahasa teguran yang sesuai?

    3) Bila kita berbahasa dengan “tengku” seperti yang disebut diatas, apakah ganti nama diri kita pula .. dan adakah kita menggunakan perbahasaan yang sama kita gunakan apabila bertutur dengan Raja?

    Mohon diberi tunjuk ajar.

    Patek adinda,
    RMuzafar Shah (Lumut)

    • Salam Engku Muzafar,

      Terimakasih diatas kesudian Engku kelaman blog SembangKuala. Patek akan cuba menjawab soalan Engku berdasarkan pengetahuan patek yang cetek ini. Jika patek tersilap, patek memohon maaf jika ia tidak menjawab seperti yang dikehendaki oleh Engku. Dari segi gantinama diri (yang kita gunakan untuk diri kita) apabila bertutur dengan Raja,Tengku, Tunku dan Engku, patek akan membahasakan diri sebagai PATEK.

      Ini adalah berdasarkan pengalaman protokol patek semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu. DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, Tuanku Mirzan, patek bahasakan diri patek dengan PATEK, begitu juga dengan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin, patek membahasakan diri patek dengan PATEK juga.

      Pada hemat patek, sejak dari termetrinya janji diantara Demang Lebar Daun antara Seri Teri Buana, perkataan yang digunakan oleh Demang Lebar Daun apabila membahasakan diri seorang Sultan adalah Tuanku manakala apabila beliau pula membahasakan dirinya kepada Sultan, digunakan perkataan PATEK. Kalau tidak silap patek, ini adalah pertama kalinya perkataan Tuanku dan Patek digunakan.

      Berdasarkan Sejarah Melayu, iaitu “ibu” kepada salasilah Melayu kita, maka perkataan Tuanku dan Patek telah dijadikan sebagai adat pertuturan dan perbahasaan istana. Seperti yang diketahui, keluarga “diraja” gelarannya adalah pelbagai. Aapabila terdapatnya gelaran Raja, Tengku, Tunku, Engku maka “the protocol addressing” yang dipakai untuk membahasakan mereka adalah Tuanku pada Raja-Raja Bergelar manakala yang selainnya Engku ataupun Ku.

      Sahutan “KU” juga digunakan apabila kita menyahut sesuatu percakapan seperti contohnya “Lepas siap semua, boleh lah kita bertolak” maka disahutnya KU sebagai mengiyakan sesuatu percakapan itu. Ini adalah untuk raja-raja yang tidak bergelar, manakala untuk Raja-Raja Bergelar, kita menyahutnya dengan perkataan TUANKU.

      Secara ringkasnya apabila seseorang membahasakan dirinya kepada seorang Raja, Tengku, Tunku, Tuanku Syed maka perkataan PATEKlah digunakan. Didalam arahan protokol membahasakan diri ( bagi kakitangan kerajaan), arahan telah diberikan untuk membahasakan gelaran-gelaran ini seperti yang telah patek sebutkan tadi. Didalam majlis ucapan contohnya, “YANG MULIA”, YANG AMAT MULIA, YANG TERAMAT MULIA digunakan apabila membahasakan seseorang dari golongan istana didalam ayat pengenalannya. Ini kemudiannya diikuti seterusnya dengan panggilan TUANKU untuk Raja-Raja Bergelar dan yang selainnya Engku.

      Insyallah, jika patek dapat lebih banyak maklumat tentang perbahasaan ini , patek akan paparkan dibahagian komentar bog ini.

      Sekali lagi terimakasih diatas kesudian Engku Muzafar melawat blog kami dan juga diatas paparan soalan Engku Muzafar yang sungguh menarik sekali.

      Patek

      -IZU

    • Salam ayah Muz

      Sorry if this is a little late but if I may shed some light on question number 3 pertaining gantinama diri sendiri when conversing with a ‘Tengku’. Ayah Kobat has described in one of his forthcoming posts that the adat has ranked a ‘Tengku’ at a level that we are not to use ‘patek’, but to use ‘hamba Tengku’, when speaking to, for example a wife of a Sultan who is orang kebanyak.

      Hope this late reply helps!

      -M.

  2. Assalammualaikum YM Raja Kobat dan YM Engku-Engku editor,

    Patik berminat untuk memberi komen berkenaan panggilan Tengku kepada Orang Kaya Temenggung dan Orang Kaya Menteri.Mereka ini adalah sebahagian dari Orang Besar Empat Negeri Perak.Setahu patik bukan mereka berdua sahaja dipanggil dengan gelaran Tengku tetapi 2 orang lagi Orang Besar Empat iaitu Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja turut dipanggil Tengku.Untuk makluman YM Raja Kobat dan YM Engku-Engku editor,penyandang jawatan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja sekarang adalah Y.Bhg Dato’Hj Abdul Rahman Bin Hj Zainuddin,anak jati Kota Lama Kiri dan merupakan saudara terdekat patik.Beliau sendiri memaklumkan kepada patik iaitu kesemua Orang Besar Empat Negeri Perak digelar Tengku.Malah bagi orang-orang tua dikampung kami yang arif tentang adat istiadat Perak masih memanggil beliau sebagai Tengku.Saya juga pernah mendengar beliau memanggil Tengku kepada Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Y.Bhg Tun Syed Zahiruddin.Tetapi patik kurang pasti dimana silapnya,jawatan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja ini kurang menyerlah dan kurang menonjol berbanding Orang Kaya Bendahara,Orang Kaya Temenggung atau Orang Kaya Menteri sedangkan dari segi kekananan kedudukan,jawatan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja adalah berada dikedudukan kedua selepas Orang Kaya Bendahara(sila rujuk Buku Harian Rasmi Negeri Perak).Patik menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada YM Raja Kobat dan YM Engku-Engku editor diatas komen patik ini.Ini kerana patik amat menghormati dan menyanjung tinggi adat-istiadat negeri kita,salam.

    • Salam hormat kpd saudara Ku Izham Ku Zaifah,

      Berkenaan dgn menegur Bendahara: menurut adat dan adab Negeri Perak yg terwaris turun menurun dari adab Istana Kesultanan Melaka, kepada Org Kaya Bendahara, gara/cara menegur beliau, ialah seperti contoh2 berikut:

      1. oleh org kebanyakkan biasa beradab sopan kpd Datuk Org Kaya Bendahara: ‘Assalamualaikum Datuk, PERHAMBA ini (ataupun HAMBA DATUK) ini bernama Ngah Ghrafor cucu kpd Orang Besar 16, Tok Seri Indera Kulup Ismail dari Sungai Ceromin, besor hati HAMBA DATUK, kesudahannya dapat juga berjumpa dgn ORANG KAYA!!’

      2. apa kala anak Raja menegur Org Kaya Bendahara: ‘Assalamualaikum, PAK TOK SAYA. Mungkin PAK TOK SAYA ini tak mengenali saya, maklumlah saya ni orang telah bermastautin jauh dari Negeri Perak, saya ni Raja Mustapa Anakanda Raja Kulup Andak, baru balik ke Kuale, nk merasa ngutip deroyan di dusun Almarhum Ayahanda saya.’

      3. apakala Raja2 Kecil (Kecil Bongsu, Kecil Besar, dsb) – format menegur adalah SAMA JUGA seperti contoh [2] di atas.

      Perlu diingatkan cara nak menegur suri/isteri Org Kaya Bendahara secara INFORMAL/DALAM SUASANA MESRA, menegur ‘TOH PUAN’ isteri beliau, ialah dgn menyebutnya kepada isteri Bebdahara itu secara menegurnya ‘MAK TOK SAYA’ ataupun ‘MAK TOK’ sahaja.

      4. apakala seseorg Raja bergelar yg terulung dlm negeri Perak – menurut adabnya, sekiranya mereka yg tersebut itu BERUSIA/BERBAYA MUDA daripada Orang Kaya Bendahara: ‘Assalamualaikum ORANG KAYA SAYA, PAK TOK silalah kerumah saya. Tak pernah PAK TOK SAYA ini menziarah kami, silalah bila2 senang.’

      5. apakala seseorg Raja Bergelar yg terulung itu berusia TUA/SEBAYA UMUR dgn Org Kaya Bendahara (menegur Bendahara dgn dua gaya/cara informal/personal/dlm suasana mesra):
      a. Org Kaya KITA, dan
      b. ORG KAYA BENDAHARA, yakni bersaling juga menyebut pangkat darjat atau jawatan Bendahara itu. ‘Assalamualaikum ORANG KAYA KITA. Hai ORANG KAYA BENDAHARA udah lama KITA tak bertemu wajah. Risau rasa hati KITA. Orang Kaya BENDAHARA KITA ini uzur kah? Dengor-dengor nya, sejak TOK PUAN ORG KAYA meninggal, ORG KAYA KITA sering menunaikan Umrah. Kut nak berdoa mencari gantian kah?? (secara bergurau mesra) Elok jugalah tu, jangan lah terlalu lama BENDAHARA KITA berlamun seorg diri. Selaku Org Kaya Negeri, baik lah berkelamin ke Istana. Perkenanlah kami semua menatap wajah gantian Tok Puan baru ORG KAYA.’

      Saya ini pernah bergelumang dan perbesarkan sejak kanak-kanak lagi di alam perkarangan Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar. Demikianlah penetahuan saya yang kurang arif ini tentang ADAB PERTUTURAN berbahasa SOPAN bagi keluarga saya terhadap Orang Kaya Bendahara.

      Sekian, wassalam.

  3. Salam Izu,

    Terima kasih diatas penerangan dan penjelasan dari sudut pengalaman protokol cuma ada sedikit kekeliruan kerana soalan saya yang asal (soalan no 3)- Panggilan “Tengku” seperti yang disebut oleh YM kekanda saya Raja Kobat berkenaan “menegur dalam perbualan” “Tengku” – apakah ganti nama bagi kita apabila bertutur adakah kita mengunakan “Patek” dan juga perbahasaannya adakah kita menggunakan bahasa yang biasa bila kita bertutur dengan raja? … Seperti contoh apabila (orang kebanyakan) berbual dengan Orang Kaya Tengku Menteri betanyakan sudah “makan” atau “santap”? dan kalau dijawab dibahasakan diri “patek” atau “saya” sudah “makan” atau “ayap”.

    Sekian,

    RMuzafar (Lumut)

  4. Salam Ayah Muz

    Pertaining to your third question, patek rasa the logical (I’m sure protocol has a logical basis too😀 ) thing is to use ‘saya’ instead of ‘patek’ in this instance. Kalau dilihat dari apa ditulis of Ayah Kobat, golongan yang diberi nama teguran ‘Tengku’ adalah orang kebanyak.

    If one were to speak to a Waris Negeri, in short someone whose name that has the prefix Raja (esp if you know he/she is the descendant of a bona fide Perak/other Malay state raja), I would use ‘patek’, regardless of his/her stature may it be the consort of a Sultan down to the non-post-holding Raja.

    In my humblest of opinions lah. I would be happy to stand corrected.

    Wassalam.

    -M.

  5. Assalamualaikum wbt

    Dear Engku,

    About the usage of ‘Tengku’, I am certain that I’ve read somewhere that all the Orang Besar Empat are addressed as Tengku – although they were not Rajas by birth.

    I think (takde reference, pendapat aje..) this goes way back to the old days…The holder of these titles were from certain clans:

    BENDAHARA
    Held by the Megats.
    Later, one Menteri Syed Abu Bakar acted as Bendahara before Raja Alauddin became the first Raja Bendahara – hence Bendahara became a royal title.

    ORANG KAYA BESAR
    In my earlier posting, this title is shared between the Megats and the Syeds and commoners.

    ORANG KAYA TEMENGGONG
    Originaly were held by Tun Saban’s descendants. But after the war in Bukit Gantang, the Temenggongship was vested to the Daengs (descendants of Daeng Selili). And one Sultan of Perak (tak ingat siapa), allowed the Daengs to use the title ‘Raja’ but the Daengs declined by saying that to differentiate the Rajas of Perak descent and the Rajas of Bugis descent, they use the title ‘Wan’ instead.

    ORANG KAYA MENTERI
    This was originally vested to the Syeds. Later, Sultan Jaafar Muazzam Shah gave the title to Ngah Ibrahim – the mining tycoon of Larut. Ngah Ibrahim was not just an Orang Besar in Larut but a sovereign ruler. He was also known as the Raja of Larut. Since he is also a non-royal by descent, to differentiate between Rajas of Perak royal birth with Rajas of Larut descent, he used the title ‘Wan’ for his children – just like the Daengs did. (The Temenggong at that time was his brother-in-law)

    As you can see, all the Orang Besar Empats were royals (Rajas of Perak, Syeds of Hadhramaut, Megats of Pagar Ruyung, Daengs of Tanah Bugis & Ngah Ibrahim’s Wan of Larut). So, the title Tengku is used to address the holders of these titles because they were conferred to men of the FIVE ARISTOCRATIC CLAN of Perak (I am writing a book on this ‘Five Families of Perak’)

    The Five are:

    Descendants of –

    Sultan Muzaffar Shah
    Tun Saban
    Megat Terawis
    Syed Hussain Al-Faradz Jamalullail
    Daeng Selili

    All Rajas and Orang Besars of Perak are descendants of these 5 great men.

    My humble opinion,

    MEGAT ISKANDAR

    • Waalaikumsalam saudara Izham and Megat Iskandar

      Following saudara Izham’s initial comment, my esteemed SembangKuala colleague Raja Yusuf Izzudin contacted YM Raja Dato’ Seri Mansur Raja Razman, who was previously the Comptroller of the Royal Household of Perak (Dato Pengelola Bijaya Di-Raja). According to Raja Dato Seri, Orang Kaya Besar Menteri and Orang Kaya Temenggung were apparently the only two of the Orang Besar Empat who were accorded the gelaran Tengku Menteri or Tengku Temenggung, as they are considered ‘higher’ (we are not sure in what context) posts in the Istana. Also, he added that the gelaran Tengku is used in verbal conversations only, and not used in official correspondences.

      Nevertheless, we are making further inquiries to the author (RK) himself, and will make a further comment in due course.

      Wassalam

      -M.

  6. Salam & greetings to Pak Megat Iskandar At-Terawis yg berbahagia,

    Dlm pandangan saya, apa yg telah Pak Megat perjelaskan menurut ilmu pengetahuan arif YM Dato Pengelola Bijaya DiRaja Raja Mansur Razman itu, adalah tepat sekali!! Setahu saya, memanglah ada riwayatnya latar belakang tradisi bagaimana Temenggung dan Menteri Larut Negeri Perak mendapat keistimewaan atau anugerah DiRaja ttg cara peneguran beradab mereka secara bersopan (ber’Tengku’) itu. Perihal kisahnya itu jarang2 diketahui umum, namun masih lagi tersimpan asal usul, “Cerita Di Sebalik Cerita” dari org2 tertua Istana Perak. Baik juga masyarakat masa kini menyelami peristiwa2 termaksud. Malangnya,saya juga pun tak tahu kisahya yg lebih lanjut dan tepat. Perhaps YM Raja Mansur can clarify in depth, dn merakamkan riwayat kisah tersebut sebelum ianya terkubur dlm peredaran zaman.

    Jelas, byk lg kisah2 “CERITA DISEBALIK CERITA” yg belum di sedari umum. Apa kata Pak Megat sendiri take the initiative as a follow up, to investigate further, toward sustaining this most interesting topic? After all, Pak Megat bukan org sebarangan.. waris pembesar baik2 Negeri Perak yg berpengetahuan juga.

    Regards & Wassalam.

    ~ MTK ~

    • Assalamualaikum MTK

      Terima kasih kerana mengunjungi laman web ini dan sudi memberi sepatah dua komen untuk paparan ini. Salah seorang dari rakan editor kami telah berbual dangan Raja Dato Seri Mansur Razman, mantan Dato Pengelola Bijaya Di-Raja, dan beliau menambah jika seseorang Orang Kaya itu dianugerah Dato atau Dato Seri, kita boleh juga menegur Orang Kaya tersebut sebagai Dato atau Dato Seri.

      Wassalam.

      -M.

  7. Assalamualaikum.

    Nak bertanya sedikit. Atuk saya bernama Tengku Johari. Kenapa my parents and me tak ada gelaran? Nak tahu lebih jelas.

    Wasalam

    • Waalaikumsalam. Keputusan untuk tidak menamakan anak Raja/Tengku terpulang kepada ibubapa si polan, setahu sayalah. Oleh itu, soalan ini patut ditujukan kepada parents saudara Azhim or your atuk. Wassalam. -M.

  8. Pingback: Perihal protokol dan tataadab istana negeri Perak | SembangKuala

  9. Apa bezanya gelaran untuk Tengku,Engku dan Ku dinegeri-negeri lain dengan negeri Perak? dan perlukah kita berbahasakan patek bila berbicara dengan mereka yang diberikan gelaran,Tengku,Engku dan Ku sedangkan mereka ini bukan daripada kalangan keturunan diRaja atau pun keturunan Syed Hussein AlFaradz jamalullail tetpi mendapat gelaran kurniaan sahaja? mohon penjelasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s