Perihal Perak: IV. Sistem perhubungan berkembang, bah.1

Berikut adalah paparan tentang pembinaan sistem perhubungan moden di Perak dari siri terjemahan buku About Perak yang di tulis oleh Sir Frank Swettenham pada akhir abad ke-19.

Sistem perhubungan terawal negeri Perak, dengan luasnya yang dianggarkan sejumlah 10,000 batu persegi, terdiri daripada sungai-sungai yang hanya boleh dimudiki pengangkutan air, dan denai-denai hutan yang tidak berjambatan. Dengan ini, pembinaan jalan raya merupakan langkah pertama oleh kerajaan untuk memodenkan sistem perhubungan. Jalan untuk kereta lembu yang pertama di Perak dibina dari Taiping ke Pelabuhan Matang di daerah Larut, dan kemudiannya disambung ke Kamunting. Dalam hanya beberapa tahun, pembinaan jalan ini telah bersambung melalui jambatan timbul di daerah pertanian di Kerian menghubungi Province Wellesley (Seberang Perai). Pembinaan jalan yang berliku-liku juga dijalankan ke arah Selama.

Kenderaan berkuda di Kuala Kangsar akhir abad ke-19.

Pembinaan jalan raya ini telah memenfaatkan pelombong-pelombong bijih timah di Taiping. Sistem jalan dari Kuala Kangsar, di mana Sultan Perak bersemayam dan juga kediaman utama Residen British, dibina menghubungi Taiping – jalan raya ini bersambung dengan jalan raya Taiping-Matang di Simpang. Jalan ini melalui banjaran yang memisahkan lembah-lembah negeri Perak dari daerah Larut. Di mana sebelum ini jalan ini sukar dilalui kenderaan, ini telah diperbaiki oleh tenaga buruh yang dibawa masuk dari Ceylon (Sri Lanka).

Bagi menggalakkan perlombongan bijih  di Kinta, bandar Gopeng dihubungkan dengan lembah Kinta dengan sebuah jalan sepanjang 10 batu, dan dalam tempoh enam tahun yang lepas, Kuala Kangsar juga di hubungkan dengan lembah Kinta, dengan adanya jambatan timbul yang menyeberangi Sungai Perak. Jalan yang menuju ke arah selatan ini melalui Ipoh, Gopeng, Gunung Bujang Malaka, Tapah, daerah Batang Padang dan sejauh Kuala Lipis, dan terus menghubungi jalan di Selangor dekat Tanjong Malim.

Di antara jalan raya yang baru sahaja dibina adalah: -jalan di daerah persisiran pantai Larut, membuka jalan bagi Sitiawan dan Lumut; jalan bukit di Estet Waterloo yang menunjukkan pemandangan yang menghijau di Gunung Ijau; jalan utara Kuala Kangsar ke arah Kuala Tampan dan terus ke sempadan utara Perak; dan beberapa jalan yang menghubungkan lembah Kinta dengan beberapa lombong bijih yang baru dibuka.

Jalan-jalan utama negeri Perak boleh di gambarkan sebagai sebuah sistem perhubungan kenderaan dari Province Wellesley di barat laut, turun ke Selangor di tenggara; sebuah jalan utara ke Hulu Perak dan sebuah jalan selatan ke Trong di daerah Larut-Matang; dan sebuah jalan utama persisiran pantai di Beruas dan Sitiawan. Jalan-jalan ini 300 batu panjangnya dan kos pembinaan berjumlah dua setengah juta dolar. Jika dikirakan jalan-jalan kecil, jalan-jalan di Perak 750 batu panjangnya!

Rujukan: Swettenham FA. IV. The opening of communications. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p20-22.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s