Surat ucapan takziah dari R.O. Winstedt, 1934

Almarhum Raja Ngah Mansur ibni Sultan Abdullah mangkat pada 27 Ogos 1934 di Butterworth, sewaktu anaknya Raja Kamaralzaman (RDH Perak 1948-1962) sedang bertugas sebagai Pegawai Daerah (D.O.) di daerah Kerian. R.O. Winstedt mengenali Raja Kamaralzaman sejak awal lagi di waktu Raja Kamaralzaman mula bertugas sebagai sebagai 1st Malay Assistant kepada Pegawai Daerah bersamanya di Kuala Pilah pada 1910.

Paparan ini melampirkan sepucuk surat takziah dari Winstedt kepada Raja Kamaralzaman setelah mendengar khabar mengenai kemangkatan Raja Mansur:

Surat ucapan takziah dari Winstedt kepada Raja Kamaralzaman. (Sumber: Arkib Negara)

“3.9.34

Ke hadapan Raja Kamaralzaman,

Saya ingin memberi ucapan takziah setelah menerima berita tentang kemangkatan ayahanda Engku baru-baru ini, dan saya mengharap beliau pergi dalam keadaan tenang. Ayahanda Engku merupakan raja Melayu pertama yang pernah saya temui 32 tahun yang lalu dan beliau merupakan seorang yang baik hati.

Kehilangan kedua-dua ayahanda dan ayah saudara[*] Engku dalam tempoh yang agak singkat mungkin membuat Engku berasa dalam keadaan kesunyian di waktu ini. Agak ganjil jika difikirkan yang kita masih boleh merasa begitu di usia mana kita sepatutnya tidak perlu lagi bimbingan dari orang tua kita.

Salam sejahtera dari kami berdua.

Saya,

R.O. Winstedt”

R.O. Winstedt di waktu ini merupakan Penasihat Am (General Adviser) di Johor sehingga 1935, sebelum beliau bersara dari Malayan Civil Service dan kembali ke London sebagai seorang pensyarah di School of Oriental Studies (sekarang dikenali sebagai SOAS).

[*]Ayah saudara yang dimaksudkan adalah Almarhum Raja Sir Chulan ibni Sultan Abdullah yang mangkat pada 10 April 1933.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s