Siri ‘A History of Perak’ I: Campurtangan British

Muka dalam buku 'A History of Perak' oleh Winstedt & Wilkinson.

SembangKuala sempena Hari Kemerdekaan ke-54 ini ingin memaparkan sedutan pertama dari buku A History of Perak karangan R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson, yang pada asalnya diterbitkan oleh JMBRAS pada tahun 1934 dan sekali lagi pada tahun 1974. Terjemahan ini merupakan sedutan dari bab VIII yang bertajuk ‘British Intervention‘.

___________________________________

Secara amnya, takhta negeri Perak akan dinaiki Raja Muda setelah kemangkatan Sultan. Sementara itu, (Raja) Bendahara akan memegang alat-alat kebesaran negeri dan mentadbir negeri sebelum Raja Muda ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baru. Apabila tibanya hari ketujuh setelah seorang Sultan itu mangkat, Raja Bendahara akan menjemput Raja Muda untuk tampil kehadapan supaya pengisytiharan Raja Muda menjadi Sultan dapat dibuat.

Maka, setelah kemangkatan Sultan Ali (Al-Mukammal Inayat Shah) di Sayong pada 26 Mei 1871, Raja Muda Abdullah, putera kepada Almarhum Sultan Jaafar dan ipar[1] kepada Almarhum Sultan Ali yang baru mangkat itu, dijemput ke Sayong. Namun, ramai pembesar dari Hulu Perak tidak begitu suka dengan berita yang Raja Muda Abdullah akan dijadikan Sultan, dan ianya dikatakan jemputan Raja Muda Abdullah ke Sayong tidak diiringi payung kuning atau gambang diRaja yang akan membawanya. Jemputan pertama ke Sayong tidak dibuat oleh Raja Bendahara Ismail tapi oleh ipar Raja Muda Abdullah, iaitu anak kepada Almarhum Sultan Ali[2], yang menghantar perutusan yang hanya membawa sehelai kain kepunyaan Almarhum. Walaupun jemputan sebegitu dianggap memadai, namun, sebagai Raja yang bakal menaiki takhta, adat-istiadat jemputan ini masih tidak lengkap. Disamping itu, Raja Muda Abdullah juga teragak-agak untuk menerima jemputan dan memudiki Sungai Perak untuk ke Sayong kerana takut diserang Raja Yusuf di Senggang. Raja Bendahara Ismail kemudiannya menghantar lagi perutusan untuk menjemput Raja Muda Abdullah – pada mulanya, To’ Dewa Lambor (Datuk Maharaja Dewa, pembesar Lambor), dan perutusan kemudiannya S’inda Maharaja (?Datuk Paduka SeIndera, pembesar Layang-Layang). Dikatakan juga yang Raja Tipah, isteri Raja Muda Abdullah dan adik perempuan[3] kepada Almarhum Sultan Ali, kecewa dengan sikap Raja Abdullah yang teragak-agak ini dan melarikan diri dengan seorang raja dari Selangor bernama Raja Daud. Di Durian Sebatang, cubaan untuk menghentikan mereka gagal apabila Raja Daud mengikat dirinya kepada Raja Tipah dan mencabar Datuk Laksamana[4] menumpahkan darah seorang puteri Raja Perak. Raja Muda Abdullah kemudiannya bercerai dengan Raja Tipah. Dilema sekarang menimpa Raja Muda Abdullah setelah insiden penceraian ini – apa yang akan dikatakan anak saudara Raja Tipah di Sayong, atau Raja Bendahara Ismail yang dahulunya pernah membela Raja Tipah sewaktu kecil? Dan insiden ini juga mungkin akan menaikkan semangat Raja Yusuf yang benci dengan orang yang dianggap lemah dan penakut.

Jenazah Almarhum Sultan Ali masih belum dimakamkan mengikut adat perlantikan Sultan Perak. 32 hari telah berlalu sejak kemangkatan Almarhum dan para pembesar Perak tidak boleh bersabar lagi. Jenazah Almarhum dimakamkan, dan Raja Bendahara Ismail, yang teleh menjadi Raja Bendahara kepada dua orang Sultan[5], dilantik sebagai Sultan Perak dan baginda digelarkan Sultan Ismail Mu’abidin Shah. Perlantikan ini mendapat sokongan sebulat suara dari semua pembesar-pembesar Perak (kecuali Datuk Laksamana) dan, pada mulanya, pihak British.

Dan dari noktah ini, bermulalah krisis negeri Perak yang diikuti campurtangan British di rantau ini.

[Bersambung…]

Notakaki:
[1],[3]Mengikut maklumat kami terima dari hasil kajian Allahyarham Raja Azaham Raja Adnan, Raja Tipah merupakan anak angkat kepada Raja (kemudiannya Sultan) Ismail dan sebenarnya puteri kepada Raja Ngah Putera ibni Almarhum Raja Bendahara Radin, keturunan Almarhum Sultan Mahmud Shah (SP16).
[2]Almarhum Sultan Ali mempunyai dua orang anak lelaki bernama Raja Osman dan Raja Omar, hasil dari perkahwinan dengan Raja Puteh binti Raja Kecil Sulong Idris. Kami tidak pasti samada Raja Osman atau Raja Omar yang diutuskan untuk menjemput Raja Muda Abdullah.
[4]Winstedt tidak menyebut nama Datuk Laksamana tersebut, tetapi kami berpendapat beliau merupakan Orang Kaya-kaya Laksamana Mohd Amin.
[5]Raja Ismail dilantik sebagai Raja Bendahara pada tahun 1857 sewaktu pemerintahan Sultan Jaafar Muazzam Shah sehingga pemerintahan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah.

Bacaan lanjutan: Perak after the reign of Sultan Ali: 1871 and beyond.

Rujukan: Winstedt RO, Wilkinson RJ. A History of Perak. In: VIII – British Intervention. Kuala Lumpur; MBRAS: 1974. p93-4.

7 thoughts on “Siri ‘A History of Perak’ I: Campurtangan British

  1. Could we get confirmation on Raja Tipah’s ancestry because she is a major part of history. The ancestors of Raja Ngah Mansor and Raja Sir Chulan would change completely.

    • Salam – we’ve been informed she was the daughter of Raja Ngah Putera (as described above). Her relationship to Almarhum Sultan Ismail was that she was adopted by the said Sultan. Have you heard otherwise? I am particularly interested as I am a direct descendant of Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II (my great-great grandfather). Wassalam, – R Mahariz R Muzaffar

    • Dear malayhistory – That is fantastic. I am sure our readers will find an easily available online format useful! -Ed.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s