Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, dengan izinNya juga maka pada hari ini genap tiga tahun umur SEMBANGKUALA iaitu sebuah laman web yang menyentuh beberapa aspek mengenai Kesultanan Perak . Bermulanya dengan artikel Perjanjian DEMANG LEBAR DAUN dan SERI TERI BUANA, SEMBANGKUALA menyusuri langkah demi langkah berkongsi pensejarahan negeri Perak dan Adat Lembaganya bagi meneruskan legasi datuk kami iaitu Toh Muda Orang Kaya-kaya Indira Mahakurnia DiRaja, YM Raja Razman bin Raja Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Tok Nik dikalangan cucu-cucunya.
Saya secara peribadi tidak mengenali dengan rapat Tok Nik, hanya beberapa tahun sahaja sebelum arwah Tok Nik pergi meninggalkan kami buat buat selama-lamaya. Walau bagaimanapun, saya belajar mengenali arwah Tok dengan bahan penulisan, penyelidikan dan juga artikel-artikel suratkhabar lama yang menceritakan tentang siapa arwah sebenarnya. Dari sinilah saya mengenali siapa Tok Ku Nik sebenarnya dan pengkajian sejarah beliau. Beliau banyak menulis, mengkaji tentang Adat Lembaga Perak dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Perak yang telah banyak dilupakan dan juga tidak diketahui oleh generasi muda termasuk diri saya serta sepupu-sepupu saya di SEMBANGKUALA.
Perkongsian ilmu inilah legasi Tok Ku Nik yang sebenarnya dimana dengan izin Allah SWT akan kami sebagai sidang editor SEMBANGKUALA melestarikan ilmu berhubung Lembaga Adat dan Warisan Raja-Raja Perak sebermulanya dari Gangga Negara, Indera Sakti, Cempaka Sari dan kini dikenali sebagai Negeri Perak.
Pengkisahan dan juga paparan artikel SEMBANGKUALA adalah berbentuk akademik dan penceritaan semula sesuatu yang kami perolehi untuk dikongsikan bersama.

Ucapan penghargaan pada Arwah Raja Razman bin Raja Abdul Hamid di dalam Cenderamata sempena Pertabalan Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah, Oktober 1963.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kesemua sidang editor SEMBANGKUALA dan tidak lupa penyumbang-penyumbang individu yang terlalu banyak berkongsi ilmu-ilmu yang berharga, semoga Allah SWT juga dapat membalasnya.
YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa, YM Raja Dato’ Seri Mansur Razman, YM Raja Halimah Razman (Auntie Mimi), YM Raja Harun Al-Rashid (Ayah Chu)serta Allahyarhamah Raja Halijah Razman (Arwah Ah) adalah anak murid kepada Tok Nik yang tidak penat berkongsi ilmunya pada kami semua untuk dipaparkan dan dikongsikan bersama anda. Mereka adalah legasi Rumah Hitam Tok Nik yang telah mencurahkan ilmunya pada kami sebagai menyambung legasi arwah Tok Nik yang tidak pernah selesai.
Kepada Waris dan Kerabat Negeri Perak dan anda semua, saya berharap segala usaha kami akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan dimana anda akan berkongsi pula pada generasi yang akan datang agar Adat-adat dan pensejarahan Negeri kita agar tidak dilupakan dan disemaikan didalam pengetahuan dan pemikiran setiap anggota masyarakat. InsyaAllah.
Raja Yusuf Izzudin bin Raja Dato’ Lope Ahmad Razman
Bagi pihak sidang editor
Saya Megat Noorshani bin Megat Noordin sedang mencari asal usul …..moyang saya ialah Raja Zubaidah
Raja Zubaidah is a sister to Raja Aziz, in which she married to Orang Kaya Karim….that all i knew