Institusi Raja masih relevan? Bahagian I

Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong diatas takhta
Gambar: webjabatan.kedah.gov.my

Akhir-akhir ini, kerap kali kedengaran atau kelihatan di media massa akan kritikan serta tomahan yang dilontarkan terhadap Institusi Raja. Walaupun ramai yang menghargai relevansi Institusi Raja itu, namun ada segelintir masyarakat dinegara ini terutamanya golongan muda dan belia yang kurang arif akan peranan sesebuah Institusi Raja itu.

Contoh-contoh kritikan, tomahan serta tentangan terhadap Institusi Raja

Institusi Raja adalah payung negara dan berperanan amat penting sebagai mekanisma semak dan imbang (“check and balance”) keatas pentadbiran kerajaan dibawah sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Oleh itu, peranan utama Institusi Raja harus dilihat dari konteks menyeluruh atau holistik dan tidak boleh berpaksikan semata-mata kelemahan Raja Pemerintah sebagai individu.

Negara Jordan sebagai contoh telah membuktikan akan kepentingan dan keberkesanan Institusi Raja sebagai payung negara ketika negara itu menghadapi krisis kepimpinan beberapa bulan yang lalu. Ketika negara-negara Asia Barat yang lain masih menghadapi krisis kepimpinan, kemelut di Jordan telah dapat dikurangkan dengan campur tangan Raja Abdullah II. Keadaan sama tidak dapat dikecapi oleh negara-negara jirannya seperti Mesir, Libya dan Afganistan yang pada satu masa dahulu mempunyai sistem monarki. Negara-negara ini masih berada didalam keadaan yang amat kucar kacir dimana kestabilan politik serta ekonomi tidak mungkin dapat dicapai dalam tempoh terdekat. Malah, negara–negara ini yang telah mengulingkan Institusi Raja mereka, kini mendesak pula pemimpin-pemimpinnya untuk berundur atas alasan korupsi, zalim, kronisma, nepotisma dan lain-lain.

Rakyat Libya memegang potrait Raja Idris I (Raja Libya yang digulingkan oleh Muammar Gaddafi) semasa krisis di Libya pada tahun 2011.
Sumber: Maher27777@wikipedia

Jika ditinjau keadaan di Libya pula, Kolonel Muammar Gaddafi (Gaddafi) telah mengulingkan Raja Idris I pada tahun 1969 di Libya. Pada tahun 2011, giliran Gaddafi pula digulingkan kerana dianggap lebih teruk dan gagal melaksanakan pemerintahan yang adil dan saksama. Malah, semenjak kejatuhan Gaddafi, ada segelintir pihak di Libya yang ingin menuntut agar Institusi Raja dihidupkan semula seperti yang berlaku di Sepanyol pada tahun 1975 selepas kejatuhan pemerintah diktator Francisco Franco.

Bersambung….

—————————————

Sumber:

http://poleshift.ning.com/profiles/blogs/5-march-2011-arab-crisis

http://kamaliyr.wordpress.com/2011/01/29/crisis-in-jordan/

http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-19837500

http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-13860458

http://topics.nytimes.com/topics/reference/timestopics/people/a/_abdullah_ii/index.html

Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011). “Payung Negara”

Vandewalle, Dirk J. (2006), A history of modern Libya, Cambridge University Press

2 thoughts on “Institusi Raja masih relevan? Bahagian I

  1. Assalamualaikum..

    Saya sebagai salah seorang penggemar sejarah-sejarah yang berkaitan dengan Kesultanan dan Raja-Raja ditanah air ini. Bagi saya Sultan-Sultan dan Raja-Raja mempunyai peranan yang amat penting dalam pembangunan negara ini. Pada pandangan saya, Sultan-Sultan dan Raja-Raja haruslah mempunyai pegangan yang kuat dan haruslah lebih sayang dan pentingkan rakyat sebagai Payung kepada rakyat. Sultan-Sultan dan Raja-Raja tidak seharusnya memihak kepada mana-mana Parti Politik baik di pihak yang memerintah ataupun di pihak sebagai pembangkang. Rakyat boleh mempertikaikan Parti-Parti Politik ini kerana mereka yang mengundi dan dari kelebihan undi [majoriti] itulah Parti-Parti Politik dapat menjadi kerajaan dan hak rakyatlah untuk check and balance sudut pemerintahan Parti-Parti Politik ini. Rakyat tidak memilih ataupun mengundi untuk memilih Sultan-Sultan dan Raja-Raja. Tapi jika rakyat tiada, maka tiadalah Sultan-Sultan ataupun Raja-Raja. Sultan-Sultan dan Raja-Raja seharusnya memastikan tidak sekali-kali mengambil pendirian memihak selain dari memihak kepada rakyat. Jika kita belajar melalui sejarah, selalunya yang menjatuhkan Sultan ataupun Raja adalah Ahli Politik, bukannya Rakyat. Contoh banyak sekali, Indonesia, Filipina, Libya, Iraq, Iran, India dan banyak lagi. Jika rakyat sayang pada Raja-Rajanya maka selamatlah Institusi Raja, contoh paling ampuh Jepun dan Thailand. Raja England pun tidak memihak dan tidak akan membiarkan mana-mana Parti Politik mempengaruhi mereka walaupun kerajaannya silih berganti. Ahli-Ahli Politik tidak akan dapat mempengaruhi rakyat jika sekiranya rakyat kuat menyayangi dan menghurmati Raja-Raja. Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mana-mana Parti-Parti Politik dan jangan mengambil sikap berpihak, Biarlah rakyat membenci Parti-Parti Politik tertentu tetapi janganlah biarkan dan biasakan rakyat membenci Raja-Raja. Saya amat runsing dengan perkembangan sekarang ini.

    Daulat Tuanku..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s