DEWAN NEGARA NEGERI PERAK

Dinegeri Perak Darul Ridzuan, wujudnya sebuah badan yang dikenali sebagai “Dewan Negara” yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Dewan Negara ini tiada perkaitan dengan dewan perwakilan rakyat yang merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen bagi negara Malaysia.

Dewan Negara Negeri Perak dianggotai oleh bakal-bakal Sultan, seseorang wakil Raja-raja Bergelar, Menteri Besar, Orang Besar Empat, Orang Besar Delapan dan Mufti sebagai ahli-ahli rasmi dan sebelas ‘orang tua’ dan seorang yang bukan Melayu sebagai ahli-ahli bukan rasmi.

Dewan Negarav1

DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah sedang mempengerusikan mesyuarat Dewan Negara

Objektif utama penubuhan Dewan Negara ini bagi membantu dan menasihatkan Raja Pemerintah dalam menjalankan tugas-tugas Baginda. Di antara tugas-tugas lain Dewan Negara ialah menasihatkan Raja Pemerintah di dalam perlantikan Bakal-bakal Sultan dan Raja-raja Bergelar.

Persidangan Dewan Negara hanya boleh bersidang apabila dititah oleh Raja Pemerintah. Sekiranya Baginda tidak berangkat hadir, maka Bakal Sultan yang kanan akan mempengerusikan persidangan itu atau Orang Besar Negeri yang terlebih kanan sekiranya tidak ada sesiapa Bakal Sultan yang hadir.

Tetapi sekiranya persidangan Dewan Negara itu akan membincang pemilihan dan perlantikan seseorang Raja Pemerintah atau pemerintahan seorang Raja Pemerintah, atau lantikan Jemaah Pemangku Raja atau apa-apa perkara lain yang bersangkut paut dengan tubuh badan Raja Pemerintah atau persidangan itu menganggap adalah berfaedah Baginda tidak bersama, maka tidaklah boleh Baginda berangkat hadir dan mempengerusikan persidangan itu. Begitulah juga dengan Bakal-bakal Sultan atau Raja-raja Bergelar.

Sumber: Pejabat DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan (http://sultan.perak.gov.my/)

One thought on “DEWAN NEGARA NEGERI PERAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s