Bahagian I:- Penghijrahan Raja Muda Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud (Melaka) Dari Negeri Kampar Ke Negeri Perak

Intipati Ceramah oleh Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa didalam SEMINAR SEJARAH MASYARAKAT KAMPAR MALAYSIA (IKMAL) pada 3hb Disember 2011, berlangsung di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ERA BINTAN : Melaka-Dalam-Buangan berpusat di Bintan ~
Hampir 12 tahun mulai 1513

7.13 Istana-istana Sultan Muda Ahmad dan Paduka ayahandanya Sultan Mahmud kian bertempat sekitar Bandar Kopak. Orang-orang besar negeri & rakyat pelarian terbahagi-bahagi sekeliling perpantaian pulau tersebut dan di merata pulau-pulau kejiranan Bintan.

7.14 Sesudah selamat di Kopak, Pemangku Raja Yang Dipertuan Muda Ahmad telah mangkat diracun atas muslihat paduka ayahandanya, Sultan Mahmud, kerna pengaruh Raja Ampuan Fatimah; kerana dengki terhadap populariti dan prestasi (Sultan Muda) Ahmad yg semakin meningkat di kalangan masyarakat bawahan.
Jenazah Almarhum Raja Ahmad dikebumikan di lereng Bukit Batu.

Antara tetahun 1515 – 1526

7.15 Sebanyak 3 kali dalam tempoh tersebut pihak Melaka Diraja di Bintan cuba merampas kembali kota Melaka: Pertama dalam tahun 1515 & kedua pada tahun 1519.

* Antara tempoh tetahun yang tersebut berperistiwa Raja Muda Muzzafar dikahwinkan dengan Tun Terang, puteri Raja Ampuan Besar Tun Fatimah. (Tun Terang ialah anak almarhum Tun Ali dengan Tun Fatimah).
Semasa di Bintan kelamin ini berputera sulong dinamakan Raja Mansur.
(Kelak jadi Sultan Perak II ~ Manuskrip ‘Sejarah Johor’)

7.16 Sesudah menyedari semangat Melayu masih membara di Bintan, justeru sekitaran pulau tersebut itu telah diserang balas oleh Feringgi sebanyak 6 kali dalam tempoh lima tahun berikutnya.
Mulai tahun 1521, tentera laut Feringgi telah menyerang dan melanda seluruh kawasan gugusan Bintan.

7.17 Dalam tahun 1523 : Selepas berjaya menawan beberapa negeri Melayu, termasuk Jambi dan Inderagiri, angkatan Diraja di Bintan tetap berusaha mengambil kembali pusaka Melayu Kota Melaka secara menyerang besar-besaran.
Tentera Feringgi telah terkurung di dalam Kota Melaka selama setahun.
Kegagalan pihak Bintan kali ke-3 ini bersabit dengan ketibaan armada Feringgi dari Goa (sebuah pusat kuasa & pelabuhan ulung Feringgi di India Selatan) sempat menyelamatkan keadaan para anggota Kota Melaka.

* Kelahiran Raja Ali putera Sultan Mahmud Shah bersama Tun Fatimah di Bintan.

* Serang balas peperangan Melayu-Feringgi

Tetahun 1524-25.

7.18 Semangat rakyat Melayu di sekitar Bintan menurun. Beribu-ribu penduduk di alam Hujung Tanah tertekan rezeki akibat peperangan yang tak bersudah. Rakyat berputus asa justeru meninggalkan kampung halaman. Mereka berpindah ke merata pelusuk jauh dari pusat kerajaan Bintan.
Para penduduk Hujung Tanah berlepas ke selatan membuka tanah di pantai Sarawak & Kalimantan Barat, ke Pasir (Banjarmasin) juga berkampung halaman di Mandar dan Makassar (Sulawesi Selatan);
ada yang ke daerah hilir Sungai Palembang dan ada yang bernaung ke bawah kesultanan Banten (Pulau Jawa);
ada pula yang pindah ke Siak dan Jambi.
(Temuduga penulis dengan para sejarawan di Sambas, Pontianak, Mempawah, Ujung Pandang & Palembang tetahun 1967 – 1968 & 1994 – 1996).

7.19 Pakatan rahsia istana dengan Tun Aria Bija Diraja (Perak) merancang Raja Muda Muzaffar dijadikan Sultan Perak demi memindahkan segala alat-alat kebesaran Melaka ke “Negeri Laut” @Pulau @Delta Perak :

Perahu Melayu Selat
Foto : Hak milik Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin

* Dengan titah Sultan Mahmud, rombongan 30 kelengkapan perahu “Negeri Laut” @Manjong–Beruas datang mengadap ke Bintan.

* Telah dijanjikan segala alat-alat kebesaran warisan Palembang – Melaka (Sriwijaya) akan terserah belaka untuk kesultanan Perak demi keselamatannya.

* Yang mula berlepas bersama kepulangan rombongan pihak Manjong-Beruas ialah alat-alat nobat & para ahlinya @”Orang2 Kalur” .

Alat-alat Nobat pusaka Warisan Palembang-Temasik Peninggalan Kerajaan Melaka ke Perak.
Foto : Hak milik Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin

* Perlaksanaan mengirim/membawa perkakas2 kebesaran takhta Melaka yang lain-lain itu ke Beruas-Manjong bertangguh tempoh oleh sebab-sebab yang tertentu.

[Hanya kemudian dlm tahun 1531 semasa di Kampar barulah berangkat pula Raja Muda Muzaffar dgn alat-alat kebesaran yang lain itu]

Tahun 1526

7.20 Ekonomi kerajaan Melaka-Dalam-Buangan semakin pudar; lagi berkurangan anggota daya pertahanan dan semangat penyerangan yang melumpuhkan perjuangan para pemimpinnya.

* Tumpas nya Kerajaan Melaka-Dalam-Buangan di Gugusan kepulauan Bintan.
Kemuncak penyerangan Feringgi terhadap Bintan dalam tahun 1526 berupa pelandaan besar-besaran. Peperangan bermula terhadap pelabuhan Bengkalis, dituruti ke pengkalan-pengkalan Bulang dan Lobam terbakar hangus.

* Kota Kara (di bandar Kopak) juga turut termusnah sama sekali.

ERA KAMPAR :
Pertengahan tahun 1526
Kerajaan Melaka-Dalam-Buangan berpindah pusat ke Negeri Kampar.

Lancang Melayu Selat Suku Selatar Tiang Tiga telah memindahkan Raja Melaka ke Negeri Kampar
Foto : Hak milik Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin

7.21 Sekembalinya angkatan Feringgi ke Melaka, Sultan Mahmud dan sekelian para pembesar berpindah pusat ke Sumatera, menumpang berkerajaan dengan bekas pusat negeri menantu baginda, almarhum Raja Yang Dipertuan Abdullah di Kampar.

7.22 Sesudah itu tiada terdaya lagi Sultan Mahmud dan Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad berikhtiar, apatah lagi, mereka sudahpun mulai diserap sakit-sakit tua.

Tahun 1528

SAMBIL ITU DI JAJAHAN (Perak) MANJUNG & BERUAS :

7.23 Rencana nak Mengadap Raja Yang DiPertuan Mahmud di Negeri Kampar.

* Pemerintah dwi-kerajaan “Negeri” Bruas-Manjung menagih janji yang telah di termertai di Bintan antara pihak Pemerintahan baginda Mahmud dan pihak Permerintah di Beruas-Manjung.

* Sudah lebih 4~5 tahun berlalu ( rujuk : persetujuan di Bintan 15324/25 )
perlaksanaan menyerahkan Raja Muda Muzaffar dan sekalian alat-alat kebesaran Takhta Melaka masih belum termeterai oleh pihak KMDM di Kampar.

7.24 Tun Saban, Tok Temong & Tok Masoka dipanggil bersepakat pergi ke Istana di Kampar.
Sebelum sempat menghadiri mesyuarat tersebut, Tok Masoka meninggal dunia. Dan Tok Temong menarik diri enggan ke Kampar. Maka hanya Tun Saban sahaja menjadi kepala terulung rombongan kecil perwakilan Beruas-Manjong yang telah Kampar pergi mengadap baginda Mahmud di Kampar.

7.25 Sesampai Perwakilan Beruas-Manjung di Kampar:
Perjanjian Bintan telah diperingatkan dalam majlis mengadap Sultan Mahmud di Istana Kampar.
Pembesar2 KMDB berdalih minta pihak Perak mengambil sendiri bakal Raja Yang DiPertuan Perak pada bila-bila masa.

* Tun Saban setuju menguruskan seperti yang dipersetujui. Tun Saban pun segera pulang ke Perak demi membuat persiapan. Sesampainya di Beruas-Manjung, Tun Saban telah melaporkan hasil perbincangan di Kampar.

Tahun 1529

* Bendahara Paduka Raja Tun Khoja Ahmad meninggal dunia di Kampar dalam tahun 1529.
Anaknya Tun Ishak ‘Berakah’ bergelar Bendahara Paduka Tuan mengganti jawatan almarhum ayahnya.

Tahun 1530

7.26 Sultan Mahmud pula mangkat setahun kemudian setelah ditakhta kerajaan selama 50 tahun.

* Pembesar-pembesar Bruas-Manjong (Negeri Perak) mendengar berita kemangkatan Sultan Mahmud itu.
{Nobat DiRaja Melaka yang telah berada di Perak itu ~ mematuhi adat ~ turut tidak berpalu selama 100 hari perkabungan}

* Dengan itu, mematuhi BAI’AH almarhum, Sultan Muda Ali Alauddin Riaayat Shah telah dengan pantas diistiharkan menjadi bakal Raja Yang Dipertuan; sepertimana janji almarhum Mahmud kepada Raja Ampuan Besar Melaka. ( Impian & kemahuan Tun Fatimah kian tercapai ).

7.27 Tidak lama kemudian, seolah-olah bagai terkena “PADAH “, Tun Fatimah diserang penyakit ganjil. Demi mengelak penyakit itu merebak kepada rakyat-rakyat yang lain, Permaisuri Almarhum Sultan Mahmud ini diasingkan ke suatu lokasi berdekatan dengan perkampungan di Hilir Bangkinang di tebing Sungai Kampar. Para inang-dedayang biduanda yang setia kepada nya, sanggup menjagai nya. Akibahnya lalu mereka juga terjangkit penyakit yg sama.

* Sesudah meninggal dunia, Tun Fatimah dimakamkan di kawasan kampung di situ jua, termasuklah jenazah-jenazah inangda yang sekalian nya itu.

Pusara Tun Fatimah di sebuah permakaman tua di Hilir Bangkinang, tepian tebing kanan Sg.Kampar, Kabupaten Kampar. Makamnya bertanda dgn sebuah pohon Kemboja yg dicerita ditanam pada waktu Tun Fatimah dikebumikan. Tunas Kemboja yg dibawa khusus dari Melaka. ANIH: Pokok Kemboja tua itu yg kini sudah condong membongkok ke arah pusara termaksusd, kelihatan seolah-olah memayungi Tun Fatimah dgn dua cabang usang nya bagaikan ‘tetangan nenek kebayan’ ditas pusara kubur suri itu. Dicelah-celah pokok2 keladi kelihatan pusara Tun Fatimah. Disekeliling kubur Tun Fatimah, ditemui beberapa makam yg juga berbentuk batu2 ninsan perempuan yg seusia dgn batu ninsan Tun Fatimah. ( Foto: Diisember 2011 ~ ehsan mantan Mej.Jen.Amir “Guntur” Baharuddin Kampar Putera)

Sekitar awal/tengah tahun 1530.
+ 100 hari tempoh berkabung
+ l/k 40 hari tambahan bagi meletakkan batu nesan dan lain-lain.

7.28 Seluruh rakyat di Kampar yang berbilang etnik protes kenapa Raja yang berhak menaiki takhta (Raja Muda Muzaffar) tidak terlantik oleh para pendukung jawatankuasa pemerintah Kerajaan Melaka-Dalam-Buangan di Kampar, mematuhi adat dan resam Melayu Bukit Saguntang.

*Mematuhi adat dan resam Kesultanan Melayu Melaka-Palembang, seseorang Raja Pemerintah mesti telah mengampunyai Suri sebelum baginda layak ditabalkan.

* Sultan Muda Alauddin Riaayat Shah belum lagi bertabal selaku Raja Pemerintah Kerajaan Melaka–Dalam-Buangan di Kampar. Dia masih bujang.
(Lahir 1514 = berusia 16 tahun ketika Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1530).

* Raja Muda Muzaffar Shah, kekanda Alauddin, sedang berusia 23 tahun (lahir di Istana Melaka) dan sudah beristeri serta mempunyai putera sulung bernama Raja Mansur.

* Pembesar-pembesar Manjong-Bruas mendapat berita kekecohan yang berlaku.

7.29 Bendahara Tun Ishak “Barakah” berpakat bersama Temenggong dan Laksamana KMDB bagaimana untuk mengatasi & mententeramkan keadaan yang meruncing itu. Keputusan telah dicapai.

7.30 Spekulasi di Perak kemungkinan berlakunya pemberontakan di Kampar.
Mereka bimbang apa akan terjadi dengan alat-alat kebesaran & Raja Muda Muzaffar yang telah dijanjikan terserah kepangkuan Negeri Perak . Apatah lagi perihal tujuan nan tersirat pelayaran Laksamana Hang Nadim ke Acheh itu?

7.31 Laksamana Hang Nadim telah dihantar mengadap Sultan Sallahuddin, Raja Yang DiPertuan Acheh sesudah mustahid tempoh 100 hari berkabung kemangkatan Almarhum Sultan Mahmud, untuk meminang Puteri Sultan bagi pihak Sultan Muda Alauddin.

* Perak sedang merancang bagaimana menyelamatkan WARIS SAH KMDB itu.

Sultan Acheh menyambut baik hasrat KMDB dengan bersyarat :-
* Sultan Acheh yang menabalkan Sultan Muda Alauddin di Istana Acheh sesudah adat perkahwinan kelak.

* Laksamana Hang Nadim bagi pihak KMDB bersetuju.

* Hang Nadim pulang ke Kampar melapurkan berita gembira itu.

Sekitar awal/pertengahan tahun 1531

7.32 Persiapan melengkap besar-besaran dilakukan utk ke majlis pertunangan, pernikahan, persandingan & pertabalan di Acheh.

* Keseluruh anggota & keluarga pembesar KMDB di Kampar bersiap sedia merai & meramaikan adat istiadat di Acheh itu.

7.33 Raja Muda Muzaffar & isteri tidak dikehendaki turut bersama.
Perihal ini menyeronokkan pihak pembesar tempatan yang dikepalai oleh Megat Terawis. Mereka ada berniat hendak melantik Raja Muda Muzaffar jadi Raja Melaka yang sah.

7.34 Pembesar KMDB dengan rasa cemas telah mengusir Raja Muda dan permaisurinya, Tun Terang, dari rumah mereka di Kampar.

* Namun telah dipersetujui bahawa putera baginda Muzaffar (Raja Mansur) akan dipelihara & diasuh oleh pihak Sultan Alauddin Riayat Shah.

7.35 Raja Muzaffar, Tun Terang, alat-alat kebesaran takhta Melaka-Palembang & Tok Nara Kampar, Megat Terawis & anak-anak buahnya yang terusir itu kian berlepas daripada Negeri Kampar menuju ke Pelabuhan Kelang.

* Rombongan telah berlepas menggunakan balok & perahu2 dagang pedagang Siak menuju ke Kelang.
Disambut baik oleh Tun Mahmud Ibni Tun Ishak Barakah, ketua jajahan Melaka di Kelang.
Dalam majlis tersebut, Tun Mahmud dipelawa menjadi bendahara Perak. Ini disokong oleh Megat Terawis.

7.36 Sesampai di Kelang berita telah dikirim pesan ke Bruas Manjong bahawa rombongan DiRaja Kampar sudah menunggu di Pelabuhan Kelang bersama Tun Mahmud.

* Beruas-Manjong gembira mendengar berita, terus mengaturkan kenderaan2 membawa Raja Muda Muzaffar serta rombongannya dari Kelang terus ke Kerajaan lama di Bruas.

DI ACHEH :

7.37 Selanjutnya, pertunangan, pernikahan, persandingan & pertabalan Sultan Muda KMDB. Raja Alauddin ibni Almarhum Sultan Mahmud kini bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah di ACHEH.

7.38 Selesai istiadat, rombongan KMDB disertai kumpulan pembesar2 Acheh mengiringi mereka terus ke suatu pulau yg terletak di gugusan kepulauan Riau.

* Rombongan diketuai Panglima Bukit dari Daerah Lingga (Acheh Tengah @ desa Gojo).

* Sesudah sampai ke Pulau yang dituju, rombongan telah mendirikan sebuah kota yg diberi nama Kota Lingga sempena nama kampong asal Panglima Bukit itu. Kemudian nama “Kota Lingga” telah kekal menjadi nama Pulau tersebut.

DI KLANG :
7.39 Rombongan DiRaja bekas Kampar ini bersama Tun Mahmud, berlepas ke Kerajaan Manjung-Beruas.

Bersambung Era Perak kelak…

__________________________

Nota kaki: Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk memaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan tanbih (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.

3 thoughts on “Bahagian I:- Penghijrahan Raja Muda Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud (Melaka) Dari Negeri Kampar Ke Negeri Perak

  1. Menarik. Sebelum ni saya ada menulis berkaitan Survival Kesultanan Perak dengan menyelit beberapa persoalan berkaitan teori bahawa Tun Fatimah Binti Tun Mutahir merancang untuk meletakkan penguasaan penuh keturunannya dalam tradisi pewaris Kesultanan Melaka. Mungkin ini sebagai siri perancangan membalas dendam terhadap kematian seluruh keluarga Tun Mutahir. Setidak-tidaknya artikel ini hampir selari dan menjawab serba sedikit persoalan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s