
Tiga Cabang Keluarga : Paduka Seri Sultan Alang Iskandar, Raja Muda Abdul Aziz dan Raja Bendahara Yussuf Izzuddin Shah
Sistem menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Namun sistem pewarisan secara bergilir mengikut keluarga ini jua meletakkan bahawasanya setiap keluarga dari tiga cabang akan bergelar Raja Pemerintah Negeri Perak. Tiga (3) cabang keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah sebagaimana yang dijelaskan didalam Dewan Negara.
Sistem yang unik ini sangat sukar untuk difahami, maka ketelitian amat penting bagi memastikan sistem yang unik ini menjadi simbol kesentosaan dan kesejahteraan negeri. Para pembesar iaitu ahli Dewan Negara Perak amat mengetahui keunikan sistem pewarisan bergilir melalui ketiga-tiga cabang ini, sebagaimana mengikut adat dan tradisi yang telah terlaksana sekian lama.
– Paduka Seri Sultan Abdu’llah Muhammad Shah II ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safi ud-din Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Raja Kechil Tengah Ahmad
.Adat yang di aplikasikan ini sememangnya membentuk satu semangat kekeluargaan yang tinggi dan membina keutuhan kasih sayang kekeluargaan. Andai rosaknya sistem yang indah dan cantik ini maka akan rosaklah keindahan sesebuah negeri.
Sememangnya Negeri Perak adalah sebuah negeri yang unik didalam sistem pewarisan takhta didalam dunia.Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar.
Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,
1. Raja Kecil Bongsu
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan dan Yang Di Pertuan.
Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.
Segala puji milik Allah Subhanahu Wataala; Tuhan Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui di atas segala sesuatu – lalu memilih dari kalangan makhluk Nya untuk dikurniakan darjat dan dianugerahkan kemuliaan.
Penelitian yang dilakukan berbekalkan ilmu yang sedikit, berpandukan pengetahuan yang masih kurang, bersandarkan pengalaman yang singkat, yang sedikit didalam segala kekurangan yang ada, dipohon pertunjuk dan kudrat dari Ilahi.
Nota Kaki :-
Negeri Perak mengamalkan Sistem Penggantian dalam susunan hierarki pemerintahan yang terdiri daripada kalangan Raja-Raja Yang Bergelar. Dalam sistem ini, seorang Sultan akan melalui beberapa tahap jawatan atau pangkat, dari yang paling bawah hingga akhirnya mencapai ke tahap yang paling tinggi. Dalam amalan Sistem Penggantian ini, putera sulung kepada Sultan yang sedang memerintah tidak semestinya akan mewarisi takhta kerajaan, kerana pewaris sebenar takhta adalah kepada sesiapa dari kalangan Raja-Raja Yang Bergelar yang memegang kedudukan selaku Raja Muda. Proses bagaimana Raja-Raja Yang Bergelar itu menaiki sesuatu jawatan adalah ditentukan oleh pelantikan Sultan apabila berlaku kekosongan jawatan.
Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul
Ridzuan Daripada Zaman Purbakala (halaman 5-8) menetapkan susunan Raja-Raja Yang Bergelar seperti berikut:
(1). Duli Yang Amat Mulia Raja Muda
(2). Duli Yang Amat Mulia Raja Bendahara
(3). Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir
(4). Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hulu
(5). Duli Yang Amat Mulia Raja Di Darat
(6). Duli Yang Amat Mulia Raja Di Baruh
(7). Duli Yang Amat Mulia Raja Kecil Besar
(8). Yang Mulia Raja Kecil Sulung
(9). Yang Mulia Raja Kecil Tengah
(10). Yang Mulia Raja Kecil Muda
(11). Yang Mulia Raja Kecil Bongsu
Selain mengandungi salasilah Sultan dan struktur jawatan Raja-Raja Yang Bergelar, naskhah Susunan Yang Pertama Adat Lembaga OrangOrang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala turut menyimpan pelbagai peraturan adat istiadat istana yang mesti dipatuhi oleh masyarakat yang tinggal atau berada di
istana
daulat Tuanku
nama saya mohamad arif shah
nama bapa saya KIRAMAN SHAH
saya mencari waris saya, yang suatu ketika dahulu, ada 3 puteri dan salah satu puteri ingin di kahwin kan dengan salah seorang anak raja. tapi puteri itu lari ke negeri sembilan dan mengistiharkan kematian nye kepada umum. saya tidak tahu nama moyang saya sebab nenek saudara saya semua tidak mahu menceritakan kepada saya. saya tidak dapat tahu banyak, saya harap ini dapat membantu dari puteri yang menghilangkan diri ke negeri sembilan.
email : kimochix92@yahoo.com