Ucapan Y.A.M. Raja Di Hilir Perak – Raja Idris Shah Ibni Sultan Iskandar Shah

A young Raja Idris on his appointment as Raja Di-Hilir in 1934. Standing on his right are his father, Sultan Iskandar Shah, and nephew, Tengku Ahmad Shah (the present Sultan of Pahang). (Source: YM Raja Mariam Raja Mohamed)

A young Raja Idris on his appointment as Raja Di-Hilir in 1934. Standing on his right are his father, Sultan Iskandar Shah, and nephew, Tengku Ahmad Shah (the present Sultan of Pahang). (Source: YM Raja Mariam Raja Mohamed)

Pada hari Jumaat yang indah bertarikh 9 Jan 1935. Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak – Raja Idris Shah Ibni Sultan Iskandar Shah berangkat untuk menunaikan solat Jumaat berjemaah di Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar. Di iringi oleh beberapa orang-orang besar.

Setelah selesai menunaikan solat Jumaat.Yang Amat Mulia telah mengambil kesempatan untuk memberi ucapan di atas Mimbar Masjid tersebut. Ucapan pendek yang diungkap oleh Yang Amat Mulia adalah amat memperlihatkan keperibadian.

“Tuan, cuba kita pandu dengan bersungguh-sungguh menyukakan Tuhan kita dan Raja kita, iaitu menuntut ilmu dan beribadat seperti sembahyang lima waktu dan jemaah dan lainnya.
Cubalah kita pandu dengan bersungguh-sungguh supaya jangan dimurkai oleh Tuhan kita dan Raja kita, kerana siapa-siapa yang dimurkai oleh Tuhannya di dalam Neraka nampaknya, dan siapa-siapa yang dimurkai oleh Rajanya, tiada berguna duduk di dalam negeri ini.

Saya ini budak lagi bodoh, tetapi apa-apa yang saya dengar dan apa-apa yang saya lihat nanti saya khabarkan kepada bapa saya; hanya doa saya Selamat Umur Panjang sekalian isi negeri Perak ini”.

Ucapan itu sungguhpun pendek tetapi mempunyai nilai yang sangat berharga kepada sekalian rakyat negeri Perak. Seperkara lagi, sekalian hamba rakyat yang hadir merasai betapa indahnya keperibadian Raja Kecil yang bakal menjadi Raja, Yang Dipertuan bagi Negeri Perak kelak setelah mendengar ucapan tersebut yang pada ketika itu baru berusia sekitar sepuluh tahun.

Sumber

Warta Malaya, 16 Jan 1935

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s