Durbar: predecessor to the Majlis Raja-Raja

The Durbar (Persian for Shah’s noble court) was the Council of Rulers for the Federated Malay States, the predecessor to the Conference of Rulers (Majlis Raja-Raja which was created under Article 38 of the Malaysian Constitution on 27 August 1957). The Durbar provided a platform for the Malay Rulers of the FMS (then comprising Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Pahang) to discuss issues pertaining religion, custom as well as matters of Malay affairs. The Durbar was first convened in the royal town of Kuala Kangsar on 14 July 1897 which lasted for four days.

The list of Durbars held from 1897 to 1939.

The idea for a Durbar was realised from a suggestion made by Sir Charles Mitchell, the British High Commissioner from 1894 to 1899. During the period since its inception to the last Durbar in 1939, there were twelve meetings altogether, including two meetings which included Rulers from the Unfederated Malay States which was known as the All-Malaya Durbar.

1st Durbar: 14-17 July 1897 in Kuala Kangsar. Seated from left: Hugh Clifford (Resident of Pahang), J.P.Rodger (Resident of Selangor), F.A.Swettenham (Resident General), Sultan Ahmad of Pahang, Sultan Abdul Samad of Selangor, Sir Charles Mitchell (High Commissioner), Sultan Idris Murshidul Azzam Shah of Perak), Tuanku Muhammad of Negeri Sembilan and W.H.Treacher (Resident of Perak). Immediately behind Sultan Abdul Samad was Raja Muda Sulaiman. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

There was a 24-year gap between the second and third Durbar as the British assumed that the Durbar was no longer relevant as all the FMS Rulers became members of the Federal Council in 1909.  However, the Malay Rulers felt that the Federal Council offered them less say than the Durbar. In 1927, the FMS Rulers withdrew from the Federal Council and third Durbar was re-convened.

The minutes of the 1st Durbar. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

It was reported that during the second Durbar in 1903, Sultan of Perak, Sultan Idris Murshidul Azzam Shah spoke out against the British centralisation of power in the Federated Malay States. Sultan Idris realised that under centralisation the four states would gradually lose their powers to the federal government. Sultan Idris then sought decentralisation. His son, Sultan Iskandar Shah, pushed for drastic decentralisation in 1924.  A major reform was made a year later in 1925 which includes the devolution of powers of the Federal Secretariat to the Residents, state councils and federal heads.

2nd Durbar: July 1903 in Kuala Lumpur. Sultan Idris Murshidul Azzam Shah can be seen seated 6th from left. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

6th Durbar: August 1931 in Seri Menanti, Negeri Sembilan. Seated from left: Sultan Abdullah of Pahang, Sultan Iskandar Shah of Perak, Sir Cecil Clementi, (British High Commissioner), Tuanku Muhammad of Negeri Sembilan, Sultan Alaeddin Sulaiman of Selangor . Standing from left: Raja Uda (ADC to the High Commissioner), H.G.R. Leonard (British Resident Pahang), B.W. Ellis, (British Resident, Perak), A. Caldecott (Acting Chief Secretary to Goverment, F.M.S.), J.W.W. Hughes (Acting British Resident, Negeri Sembilan), J.S. Macpherson (Acting District Officer, Kuala Pilah, Secretary to the Durbar). (Photo: Arkib Negara Malaysia)

7th Durbar: Pekan, Pahang. Group photo taken at Balairong Seri, Istana Kuning, Pekan, Pahang on 28 April 1932. Seated from left: Tuanku Muhammadof Negeri Sembilan, Sultan Abdullah of Pahang, Sir Cecil Clementi (British High Commisioner), Sultan Iskandar Shah of Perak, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah of Selangor. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

Probably Durbar held between 1932-1937. Seated from left: Sultan Abdul Aziz of Perak, Sultan Alaeddin Sulaiman of Selangor, Sir Cecil Clementi (British High Commisioner), Tuanku Abdul Rahman of Negeri Sembilan and Sultan Abu Bakar of Pahang. (Photo: Arkib Negara Malaysia)

_______________________________
Reference:
1. Arkib Negara Malaysia
2. M.A. Fawzi Basri. Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Yayasan Perak; 1986.
3. The Encylopedia of Malaysia. Volume 7: Early Modern History [1800-1940], Archipelago Press, 2001.

Perihal Perak: IV. Sistem perhubungan berkembang, bah.2

Berikut adalah paparan sambungan tentang pembinaan sistem perhubungan moden di Perak dari siri terjemahan buku About Perak yang di tulis oleh Sir Frank Swettenham pada akhir abad ke-19.

Pembukaan jalan raya di Perak telah sedikit sebanyak mengajar kita tentang betapa pentingnya perancangan yang perlu ada sebelum usaha membina sistem jalan raya yang berkesan. Sebuah jalan sepanjang 60 batu yang menghubungkan sebuah pelabuhan dengan sebuah pusat perusahaan yang sibuk tidak dirasai sebagai satu perjalanan yang jauh jika menaik kereta lembu. Malah adanya jalan ini boleh menguntungkan pengguna jalan (yang memerlukan pengangkutan) dan pemilik kereta lembu (yang boleh mengaut keuntungan dari mengambil penumpang). Walaupun jalan raya ini dipanjangkan sehingga seratus batu sekalipun, sistem jalan raya menggunakan kereta lembu dirasai lebih efisien dari sistem perhubungan menggunakan sungai atau keretapi yang mengenakan tambang yang mahal. Ini adalah kerana kereta lembu boleh membawa barangan terus dari kapal di pelabuhan, dan dibawa terus ke muka pintu si-pengimpot barang tersebut. Pengagihan barangan dengan cara ini adalah murah dan risiko untuk kerosakan barang adalah rendah.

Kereta-kereta lembu di Perak mula-mula mengenakan tambang sebanyak 50 sen seorang, dan setiap kereta boleh membawa muatan seramai 23 orang penumpang. Setelah mendapati yang tambang ini terlalu mahal, ianya dikurangkan kepada 10 sen seorang. Pengusaha-pengusaha kereta kuda yang walaupun mendapat subsidi dari kerajaan tidak dapat menawarkan tambang yang lebih murah berbanding dengan kereta lembu. Menaiki keretapi hanya akan menjadi pilihan untuk pengguna yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai sistem jalan raya yang baik atau di kawasan berbukit-bukau. Kereta lembu murah untuk dibeli and senang dijaga. Selalunya tuanpunya kereta lembu itu akan sekaligus menjadi pemandu – dan ini bermakna tuanpunya kereta dapat keuntungan sepenuhnya dari tambang yang dikenakan. Yang perlu dijaga adalah lembu yang digunakan untuk menarik kereta – lembu-lembu ini perlu dijaga kesihatan mereka untuk mengelakkan mereka dari terkena penyakit.

Keretapi mel melepasi terowong berhampiran dengan Padang Rengas. (Source: Google Images)

Walaupun mahal, untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat, keretapi menjadi pengangkutan pilihan. Untuk kerajaan mentadbir negeri Perak, tiada pulangan dari sistem jalan raya untuk menampung kos pembiayaan, manakala tambang yang dikenakan ke atas penumpang keretapi boleh digunakan untuk kos pembiayaan keretapi. Jalan keretapi yang pertama menghubungkan Port Weld dengan Taiping, dan pembinaan ini disebabkan kekurangan lembu untuk menarik kereta akibat wabak penyakit. Jalan keretapi Port Weld-Taiping ini sepanjang 8 batu, dan ianya telah dipanjangkan melalui lombong-lombong bijih ke Ulu Sepetang dan Blanda Mabok di jalan ke Selama.

Jalan keretapi sepanjang 50 batu sedang dibina menghubungkan Teluk Anson ke Ipoh, dan ianya dijangka siap pada akhir tahun hadapan. Keuntungan dari jalan keretapi ini dijangka membawa keuntungan yang baik, lebih-lebih lagi dengan adanya bijih di Kinta dan Batang Padang. Adanya jalan keretapi ini, penggunaan sistem pengangkutan sungai dijangka akan berkurang. Pengagihan barangan impot-ekspot melalui sistem keretapi pelabuhan Teluk Anson-daerah Kinta ini akan mendapat tandingan dari pengangkutan laut yang menghubungkan Pulau Pinang dengan pelabuhan Matang, dan juga sistem jalan raya sepanjang 55 batu menghubungkan Matang dengan Ipoh.

Sistem jalan raya dan keretapi di Perak yang sistematik ini telah berkembang pesat dan tiada pusat lombong bijih atau perkampungan utama yang tidak mempunyai perhubungan dengan tempat atau bandar lain.

Rujukan: Swettenham FA. IV. The opening of communications. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p22-25.

Perihal Perak: IV. Sistem perhubungan berkembang, bah.1

Berikut adalah paparan tentang pembinaan sistem perhubungan moden di Perak dari siri terjemahan buku About Perak yang di tulis oleh Sir Frank Swettenham pada akhir abad ke-19.

Sistem perhubungan terawal negeri Perak, dengan luasnya yang dianggarkan sejumlah 10,000 batu persegi, terdiri daripada sungai-sungai yang hanya boleh dimudiki pengangkutan air, dan denai-denai hutan yang tidak berjambatan. Dengan ini, pembinaan jalan raya merupakan langkah pertama oleh kerajaan untuk memodenkan sistem perhubungan. Jalan untuk kereta lembu yang pertama di Perak dibina dari Taiping ke Pelabuhan Matang di daerah Larut, dan kemudiannya disambung ke Kamunting. Dalam hanya beberapa tahun, pembinaan jalan ini telah bersambung melalui jambatan timbul di daerah pertanian di Kerian menghubungi Province Wellesley (Seberang Perai). Pembinaan jalan yang berliku-liku juga dijalankan ke arah Selama.

Kenderaan berkuda di Kuala Kangsar akhir abad ke-19.

Pembinaan jalan raya ini telah memenfaatkan pelombong-pelombong bijih timah di Taiping. Sistem jalan dari Kuala Kangsar, di mana Sultan Perak bersemayam dan juga kediaman utama Residen British, dibina menghubungi Taiping – jalan raya ini bersambung dengan jalan raya Taiping-Matang di Simpang. Jalan ini melalui banjaran yang memisahkan lembah-lembah negeri Perak dari daerah Larut. Di mana sebelum ini jalan ini sukar dilalui kenderaan, ini telah diperbaiki oleh tenaga buruh yang dibawa masuk dari Ceylon (Sri Lanka).

Bagi menggalakkan perlombongan bijih  di Kinta, bandar Gopeng dihubungkan dengan lembah Kinta dengan sebuah jalan sepanjang 10 batu, dan dalam tempoh enam tahun yang lepas, Kuala Kangsar juga di hubungkan dengan lembah Kinta, dengan adanya jambatan timbul yang menyeberangi Sungai Perak. Jalan yang menuju ke arah selatan ini melalui Ipoh, Gopeng, Gunung Bujang Malaka, Tapah, daerah Batang Padang dan sejauh Kuala Lipis, dan terus menghubungi jalan di Selangor dekat Tanjong Malim.

Di antara jalan raya yang baru sahaja dibina adalah: -jalan di daerah persisiran pantai Larut, membuka jalan bagi Sitiawan dan Lumut; jalan bukit di Estet Waterloo yang menunjukkan pemandangan yang menghijau di Gunung Ijau; jalan utara Kuala Kangsar ke arah Kuala Tampan dan terus ke sempadan utara Perak; dan beberapa jalan yang menghubungkan lembah Kinta dengan beberapa lombong bijih yang baru dibuka.

Jalan-jalan utama negeri Perak boleh di gambarkan sebagai sebuah sistem perhubungan kenderaan dari Province Wellesley di barat laut, turun ke Selangor di tenggara; sebuah jalan utara ke Hulu Perak dan sebuah jalan selatan ke Trong di daerah Larut-Matang; dan sebuah jalan utama persisiran pantai di Beruas dan Sitiawan. Jalan-jalan ini 300 batu panjangnya dan kos pembinaan berjumlah dua setengah juta dolar. Jika dikirakan jalan-jalan kecil, jalan-jalan di Perak 750 batu panjangnya!

Rujukan: Swettenham FA. IV. The opening of communications. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p20-22.