Celluloid memories: Scenes at the installation of Sultan Iskandar Shah, 1919

Raja Alang Iskandar ibni Almarhum Sultan Idris I was pronounced the 30th Sultan of Perak following the demise of his brother, Almarhum Sultan Abdul Jalil, in December 1918. Raja Alang Iskandar was styled Sultan Iskandar Shah and installed as Sultan of Perak on Thursday, 10 April 1919.

Elephants fording Sungai Perak carrying Malay Chiefs to the Istana Negara, 9 April 1919.

As reported by The Straits Echo[1], Sultan Iskandar received dignitaries comprising Perak Rajas and Malay Chiefs on the morning of 9 April at 10 am in the Balai Besar of the Istana Negara on Bukit Chandan. A report from The Singapore Free Press described the various ranks of Malay Chiefs appearing resplendent in their finest traditional Malay attire, as requested by the Sultan in a circular sent out by the Sultan’s Private Secretary. The reception at the Istana with the Malay Chiefs ended at noon.

Finely dressed Malay and British guests at Istana Negara. The official guest in the middle of the photo may well be The Hon Arthur Henry Lemon, Resident for Negeri Sembilan.

Later in the afternoon, the celebrations continued in the form of water sports at about 4 pm on the bank of Sungai Perak opposite the Government Lodge. Amongst the official guests in attendance were His Excellency Sir Arthur H. Young, the British High Commissioner, and his wife, Lady Evelyn. The preparations of the afternoon’s event was elaborate to ensure the comfort of the official guests.

A photo of some of the British guests on one of the rafts on Sungai Perak during the afternoon’s festivities, 9 April 1919.

The report also described two huge rafts, 100 yards apart, were fitted up and elaborately decorated. These rafts could only accommodate a proportion of the huge numbers of guests in attendance noted to be standing by the banks of Sungai Perak. The jovial atmosphere of the celebrations was augmented by a fine selection of music played by the Perak State Band.

These photos are published courtesy of the family of Allahyarham Raja Dato’ Badri Shah bin Raja Harun Al-Rashid. We believe these photos were taken on the eve of the installation in 1919, if not the actual day of the installation itself. We at SembangKuala would like to express our sincere gratitude to Allahyarham’s family for allowing us to publish these photos from their private collection. We would like to add that we welcome any further information on these photos from readers!

Footnote:
[1]The Straits Echo was a Penang newspaper based in Georgetown, which later bought over The Penang Gazette and Times of Malaya from The Straits Times Press Pte Ltd in the 1930’s.

Reference:
1. INSTALLATION OF H H THE SULTAN OF PERAK. The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser. 1919 April 16. p 19.

Perihal Perak: III. Perkembangan seterusnya, bah.2

Berikut adalah paparan penghabisan tentang mulanya sistem Residen British di Perak dari siri terjemahan buku About Perak yang di tulis oleh Sir Frank Swettenham pada akhir abad ke-19.  Para pembaca budiman dinasihatkan bahawa bahan yang terkandung di dalam buku ini ditulis dari kaca mata seorang penjajah, dan niat kami di SembangKuala adalah untuk memberi peluang kepada semua untuk meneliti pandangan penjajah British tentang hal-ehwal Perak di waktu itu.

Di antara kemajuan yang dapat dilihat di Perak adalah sistem perhubungan yang dibuka di seluruh pelusuk negeri – ianya dalam bentuk perkhidmatan pos, telegraf dan sistem jalan keretapi yang baik. Pentadbiran negeri pula merangkumi hal-ehwal tanah-tanah, lombong-lombong dan juga isu-isu yang berkait dengan tenaga buruh, dan ini dijalankan dengan jentera pentadbiran yang membahagikan Perak mengikut daerah. Penguatkuasaan undang-undang telah berkembang di mana setiap sudut negeri mempunyai mahkamahnya tersendiri. Dari segi pertahanan pula, barisan pengawal untuk Residen British di Perak merupakan sebuah rejimen berbangsa Sikh yang terlatih dan berdisiplin.

Hospital pertama dibina di Perak, malah di Tanah Melayu, merupakan Hospital Taiping yang dibina pada tahun 1880.

Wabak penyakit seperti taun dan cacar sebelum ini banyak dilihat di kalangan masyarakat orang Melayu, dan wabak-wabak ini dapat dibenteras dengan program imunisasi, sistem sanitasi yang dibaikpulih dan kemudahan mendapat rawatan dari doktor-doktor perubatan bertauliah. Namun, kami dapati masih ramai orang Melayu tidak menggunakan kemudahan perubatan yang terdapat di hospital-hospital yang telah dibina di sekitar Perak, jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

Penjara Taiping merupakan kompleks penjara pertama di Tanah Melayu, dibina pada tahun 1879. (Sumber: Arkib Negara)

Pentadbiran British telah juga membina penjara di Perak selaras dengan penguatkuasaan undang-undang. Dari segi pendidikan pula, baru-baru ini sekolah-sekolah di negeri ini mendapat perhatian khas dari pihak kerajaan dan hasil yang cemerlang dapat dilihat di sini. Pentadbiran negeri telah juga membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk beberapa projek yang setengah pihak menganggap sebagai mewah, seperti membina muzium dan taman eksperimental (Experimental Gardens), dan juga tinjauan trigonometrikal. Dalam tempoh dua puluh tahun diwaktu Perak mendapat ‘nasihat’ dalam pentadbiran dari British, bilangan penduduk Perak bertambah dua kali ganda, hasil pengeluaran negeri berjumlah lebih kurang tiga juta dolar and nilai perdagangan Perak dianggar sejumlah lebih dari dua puluh juta dolar.

Untuk mereka yang mempunyai pandangan kritikal terhadap kemajuan yang dirasai oleh Perak, mereka sudah tentu setuju yang ini berlaku kerana adanya sistem pentadbiran British yang baik, jika dibandingkan dengan pentadbiran Belanda di Sumatera. Sistem Residen yang diperkenalkan sebenarnya bukanlah satu sistem pentadbiran yang pernah digunakan di mana-mana jajahan British, tetapi ianya satu sistem yang belum pernah dicuba dan ianya diadaptasikan mengikut keadaan. Seseorang pegawai British perlu mentadbir mengikut arahan Gabenor dan dihantar untuk ‘menasihat’ Sultan dan para pembesarnya. Seseorang pegawai juga dikehendaki memikul tanggungjawab ke atas setiap tindak-tanduknya tetapi dia juga tidak dibenarkan untuk campurtangan dalam setiap hal pentadbiran yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Melayu secara terperinci. Nasihat seorang pegawai British perlu diikuti oleh Sultan dan pembesar-pembesar, dan pegawai itu juga perlu menjaga keamanan negeri, menjunjung kedaulatan undang-undang, membenteras penyalahgunaan kuasa, mendapatkan cukai dari hasil negeri, memelihara kepentingan British di rantau ini, menjalankan tugas dengan tekun, dan mengikut arahan dari Singapura – dan di masa yang sama pegawai ini mesti ingat yang dia hanyalah penasihat kepada Sultan!

Sir Hugh Low (Residen 1887-9) bersama pengawal-pengawal beliau. Beliau merupakan Residen sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf ibni Almarhum Sultan Muhammad Shah I. (Sumber: M.A. Fawzi, Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak)

Kekuatan yang wujud dalam sistem Residen terletak pada dua fakta ini: pertama, keyakinan Gabenor-gabenor British yang pernah ditugaskan di Singapura terhadap Residen-residen yang dilantik; dan kedua, kuasa yang dipegang dan dipertanggungjawabkan ke atas Residen agak besar. Jika kuasa yang kecil diberi kepada Residen, sudah tentu kemajuan yang sebegini tidak dapat dilihat. Dalam pada itu, kelemahan sistem Residen ini juga disebabkan oleh fakta kedua tadi – yakni kuasa yang agak besar yang diberi kepada seorang pegawai. Ini membolehkan seseorang Residen menyalahgunakan kuasa beliau. Kepercayaan orang-orang Melayu kepada pentadbiran British di Perak sudah tentu akan luntur[1] jika Britain merampas Perak secara mutlak sebagai tanah jajahan, di mana tanah-tanah kepunyaan rakyat dijadikan wilayah British, memaksa Perak menyumbangkan hasil negeri untuk membiayai tentera British di Singapura, atau mewujudkan undang-undang British di Perak.

Sebagai jaminan yang seseorang Residen tidak akan meyalahgunakan kuasa beliau, ramai yang berpendapat yang sistem perundangan perlu dikukuhkan. Dengan ini, tindak-tanduk seorang Residen dapat dipantau dan dikawal, untuk membenarkan kerajaan pusat di Singapura untuk berhubung terus dengan ketua negeri, yakni Sultan.

Notakaki:
[1]Di mata British, negeri-negeri Melayu tidak ‘dijajah’ tetapi ‘dilindungi’.

__________________________________________

Rujukan: Swettenham FA. III. Further Developments. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p16-19.

Perihal Perak: III. Perkembangan seterusnya, bah.1

Sambungan paparan ‘Perihal Perak’ kali ini menunjukkan interpretasi Fasal-Fasal enam dan sepuluh Perjanjian Pangkor yang dibuat oleh Swettenham, yang berbeza dengan Fasal yang ditulis dalam Bahasa Melayu yang asal. Para pembaca budiman dinasihatkan bahawa bahan yang terkandung di dalam buku About Perak ini ditulis dari kaca mata seorang penjajah, dan niat kami di SembangKuala adalah untuk memberi peluang kepada semua untuk meneliti pandangan penjajah British tentang hal-ehwal Perak di waktu itu.

Termaktub di dalam Perjanjian Pangkor merupakan dua fasal yang meletakkan keseluruhan pentadbiran negeri Perak di tangan Residen. Fasal-fasal tersebut adalah:

Fasal VI. Bahawa Sultan menerima dan menyediakan sebuah kediaman yang sesuai untuk seorang Pegawai British yang dinamakan Residen, yang akan ditauliahkan ke istana Baginda, dan nasihatnya mestilah diminta dan diambil tindakan atas semua persoalan selain yang menyentuh agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.”

Fasal X. Bahawa pemungutan dan pengawalan segala hasil dan pentadbiran am negeri dikawal selia dibawah nasihat Residen-residen ini.”

Dari sini sememangnya pemungutan dan pengawalan kesemua hasil negeri, termasuk nasihat Residen ke atas segala hal ehwal pentadbiran negeri, menjadi asas untuk melaksanakan kuasa eksekutif British di Perak. Pada bulan Ogos 1876, Setiausaha Jajahan untuk Kerajaan Pusat di London telah mengingatkan Residen-Residen negeri Perak dan Selangor bahawa, “… sistem Residen perlu diteruskan supaya fungsi seorang Residen dapat didefinisikan sebagai seorang pegawai kerajaan Britain yang memberi nasihat pentadbiran kepada Sultan sesebuah negeri. Perlu diingatkan bahawa Residen tidak perlu memberi nasihat terperinci dalam hal-ehwal kecil sesebuah negeri itu dll. dll”.

Pada bulan Mei 1878, sebuah lagi pekeliling dari Setiausaha Jajahan meningatkan Residen-Residen ketiga-tiga negeri di bawah lindungan Britain bahawa “… Residen-Residen telah dilantik hanya sebagai penasihat untuk pentadbiran negeri, dan bukan sebagi pemerintah. Jika Residen didapati oleh Kerajaan Pusat tidak mengikut arahan ini, mereka akan bertanggungjawab ke atas apa-apa masalah yang berlaku akibat tindakan Residen yang mengengkari pekeliling ini.”

Sir William Edward Maxwell (Source: Wikimedia)

Sir William Edward Maxwell, Gabenor Negeri-Negeri Selat sewaktu buku 'About Perak' ini ditulis oleh Swettenham, 1893. (Sumber: Wikimedia)

Setiausaha Jajahan berpendapat yang peringatan ini “amat perlu”, tetapi beliau mengakui yang “tugasan seorang Residen sememangnya rumit” dan beliau faham yang “Residen-Residen tidak perlu menunggu arahan dari Kerajaan Pusat dan boleh menggunakan penilaian sendiri dalam melaksanakan setengah-setengah tugasan pentadbiran.”

Sememangnya pekeliling ini menunjukkan yang Kerajaan Pusat telah membenarkan Residen untuk memikul beban mentadbir sesebuah negeri, baik seorang Residen itu menjalankan tugas beliau dengan penuh tanggungjawab dan amanah untuk kebaikan negeri atau tidak. Seorang Residen dikehendaki mentadbir di bawah telunjuk dan arahan Kerajaan Pusat, lebih-lebih lagi jika kewujudan Residen di negeri itu termaktub dalam sesebuah perjanjian, tetapi oleh kerana keadaan yang kadang-kadang mendesak, terdapat Residen-Residen yang menjalankan tugas yang di luar tanggungjawab yang dijanjikan. Hanya Residen negeri Perak sahaja yang mempunyai tugasan yang termaktub dalam sesebuah perjanjian (Perjanjian Pangkor, 1874). Residen-Residen British ini bertugas dibawah kawalan kuasa Gabenor jajahan (colony) terdekat, yakni Negeri-Negeri Selat, sejak awal-awal lagi British mula bertempat dan berkuasa di rantau ini, disamping sesebuah negeri yang di bawah pentadbiran seorang Residen itu mempunyai sistem kerajaannya yang tersendiri.

Pegawai-pegawai yang dilantik untuk membantu Residen dilatih mengikut pengalaman yang ditimba dan nilai-nilai yang diterap oleh pegawai-pegawai yang sebelum ini bertugas di Negeri-Negeri Selat. Undang-undang jajahan dan Kerajaan British di India juga diadaptasikan di negeri-negeri Tanah Melayu mengikut keadaan semasa. Keadaan di Perak agak unik dan seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran negeri perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam hal-ehwal tempatan.

Selepas berakhirnya Perang Perak, mendiang J.G. Davidson telah dilantik sebagai Residen British di Perak. Beliau dikatakan kurang senang menerima tugasan ini oleh kerana beliau tidak sukakan negeri ini, dan beliau meletakkan jawatan Residen beliau selepas bertugas selama setahun (Residen British Perak 1876-77). Pengganti beliau merupakan Encik Hugh Low (kemudiannya Sir Hugh – beliau dianugerahkan GCMG selepas mentadbir Perak selama sebelas tahun dengan jayanya) yang sebelum ini bertugas di Labuan. Saya tidak berniat untuk menulis mengenai kejayaan individu tetapi ingin mengutarakan kejayaan tumbuhnya sistem pentadbiran di bawah Residen. Untuk memberi gambaran yang ringkas dan jelas tentang evolusi sistem Residen di Perak, kita bermula dengan pembunuhan seorang pegawai British (yakni J.W.W. Birch) disebabkan tentangan dari orang-orang negeri ini. Ini diikuti Perang Perak dan penangkapan serta penjatuhan hukuman ke atas pihak yang bersalah dalam hal pembunuhan Birch. Di waktu Perang Perak inilah, Residen British yang baru (penulis merupakan Residen Perak yang baru ini, 1875-76) telah diberi kuasa yang sebelum ini belum pernah dirasai mendiang Birch. Walaupun begitu, Residen baru ini terpaksa berhadapan dengan orang Melayu beragama Islam yang kuat perwatakannya dan pegangan prinsipnya, dan hampir kesemua orang Melayu yang mempunyai kuasa dan pengaruh mempunyai perasaan benci dengan cara pentadbiran British atau apa-apa yang bertentangan dengan hal-ehwal orang Melayu atau agama Islam.

Sebuah Majlis Negeri (Perak State Council) ditubuhkan[1], dan ianya dianggotai Sultan, pembesar-pembesar Melayu dan beberapa towkay Cina. Majlis ini berunding untuk membincangkan diantaranya hal-hal undang-undang, pentadbiran dan perlantikan ketua-ketua kampung. Perlantikan sebagai ahli Majlis ini merupakan satu penghormatan yang besar untuk seseorang di Perak. Amalan ‘hamba hutang’ (debt slavery) dapat dihapuskan oleh Majlis Negeri ini dalam masa beberapa tahun. Pada 1874, orang-orang Melayu Perak tidak pernah dilihat tanpa kerisnya. Seorang lelaki Melayu dewasa selalu membawa bersamanya tiga hingga lapan alat senjata, sementara budak-budak lelaki Melayu akan membawa hanya dua atau tiga sahaja. Amalan membawa senjata ini telah berjaya dihentikan dan boleh dikatakan tidak wujud lagi. Keris yang dahulunya harta milik yang berharga untuk seorang Melayu, sekarang kurang nilainya akibat hilangnya amalan ini.

Notakaki:
[1]Majlis Negeri Perak ditubuhkan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1877.

__________________________________________

Rujukan: Swettenham FA. III. Further Developments. In About Perak. Singapore: Straits Times Press; 1893. p13-16.