Dalam kenangan: Risalah Iskandar Shah, bah. 2

Saudara Muhamad Adha, atau lebih dikenali dengan nomme de guerre beliau Ku Alam, merupakan salah seorang penyumbang terbaru SembangKuala. Nukilan beliau di paparan ini akan diterbitkan dalam dua bahagian, dan ianya menyentuh kandungan Risalah Iskandar Shah, sebuah kitab agama yang ditulis oleh Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1921.

__________________________________

Gambar Duli Yang Maha Mulia Sultan Alang Iskandar Shah bergambar selepas merasmikan Masjid Pulau Tiga pada tahun 1935.

Gambar Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Sir’ Alang Iskandar Shah bergambar selepas merasmikan Masjid Pulau Tiga sekitar tahun 1935.

Risalah Iskandar ini mengandungi pelajaran Tauhid, Feqah ( Ibadah dan Muamalah ), Tausauf (ini terdapat mulai muka surat 22 hingga muka surat 103) dan diikuti oleh nasihat-nasihat dan arahan- arahan baginda untuk seluruh hamba rakyat.

Dimuka surat 114 buku itu terkandung salinan kertas minit No. 107-21 yang dikeluarkan dalam bulan September,1921 dari pejabat Kerajaan Bukit Chandan, ditujukan kepada Y.A.M. Raja Kecil Sulung, Raja Harun Al Rashid ibni Almarhun Sultan Idris Murshidul Azzam Shah.

Minit itu berbunyi, ” Adinda Raja Kecil Sulung, boleh capkan perkataan yang tersebut ini, hantarkan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar, Kadi-Kadi dan Penghulu-Penghulu hendaklah digemar dan disukai oleh Rajanya hendaklah mereka itu taat dan bersungguh-sungguh menjalankan perkara yang di tegah oleh Tuhannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah oleh Tuhannya. Maka hendaklah mereka itu menegur ajar kepada anak buah mereka itu atas perkara tersebut. Maka hendaklah mereka itu ingat zaman kami ini, inilah perkara kegemaran kami. Silalah tuan-tuan buat.”

Di muka surat 117, 118, dan 119 merupakan nasihat baginda kepada semua hamba rakyat supaya menjaga kebersihan dan kesihatan bagi mengelakkan penyakit seperti taun dan sebagainya.

Di muka surat 121, adalah salinan surat baginda kepada Setiausaha Sulit baginda Y.A.M. Raja Harun Al-Rashid, titahnya, “Adinda Raja Harun P/S, boleh khabarkan kepada kadi-kadi dan penghulu-penghulu wajiblah mereka bersungguh-sungguh menyuruh anak buah mereka di dalam jajahan masing-masing membuat sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat dan dikehendaki mereka itu menghantar repot di atas perkara ibadat ini pada tiap- tiap tiga bulan sekali. Mana-mana rakyat beta yang tidak mahu sembahyang lima waktu dan Jumaat boleh mereka itu menghantar nama orang itu kepada kekanda dengan seberapa segera dan kekanda boleh pergi di mukim itu bicarakan hal itu. Siapa siapa kadi-kadi dan penghulu-penghulu yang bantah atau kurang usahanya di atas pekerjaan ini Insya Allah nanti mendapat susah yang besar sekelian naib-naib yang wajib menjalankan ini adanya. Tamat.”

Apa yang dititahkan oleh baginda di dalam minit itu dilaksanakan oleh baginda. Umpamanya hamba rakyat di kawasan Teluk Intan yang hidup pada zaman itu maseh ingat bagaimana baginda menghukum orang-orang yang makan di khalayak ramai di siang hari dalam bulan puasa dengan hukuman di suruh makan rumput di tengah-tengah padang digantung agok tempurung di leher atau disuruh berlari keliling pada dengan disaksikan oleh orang ramai. Begitu juga di Lambor Kanan baginda pernah meletakkan tangan agak keras ke perut seorang pengembang ajaran salah dengan titahnya dengan penuh kemurkaan, ” Iblis bersarang di perut kamu,” Tidak berapa hari selepas itu orang itu pun meninggal dunia.

Di muka surat 123 yang merupakan bahagian akhir atau penutup kitab ini baginda sekali lagi melahirkan hasratnya untuk melihat seluruh umat Islam di dalam negeri ini melaksanakan dan mengamalkan Islam. Titahnya, ” Wa Ba’adu maka daripada hari yang kami dianugerahi Allah Subanahu Wa Taala, menjadi Raja Negeri Perak ini, maka berdoalah kami mudah-mudahan dibukakan Allah hati perut kami apatah jalan yang boleh kami memolong di atas sekelian rakyat beta negeri ini terutamanya sekali bagi anak-anak negeri ini dan tiap kali kami berdoa kepada Allah Subanahu Wa Taala malam dan siang mudahan ditetapkan Allah iman-iman hamba Mu yang dinegeri ini. Ya Rabbi, bukakan hati hamba Mu, Faqir Allah Iskandar Shah, mudah-mudahan tunjukkan satu jalan yang boleh menolong hamba Mu apa-apa atau pun dengan; perkataan yang boleh mmemberi manafaat terlepas hamba Mu sekalian daripada tipu daya Iblis,”

Seperti yang disebutkan diawal rencana ini baginda adalah seorang Sultan yang sangat khusuk dan tawadhuk, bersedia ,elaksanakan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Ini jelas dari titah baginda di akhir Risalah ini, “Ya Allah, Ya Rabbi, apabila kami naik di atas tahta Kerajaan Negeri Perak ini ada juga Haji Lebai yang bercerita di atas hal kelakuan waktu zaman sahabat-sahabat dan kelakuan raja-raja yang adil di zaman-zaman dahulu. Masya Allah, apabila terdengar kami akan perkataan ini, baharulah kami tahu kesusahan yang besar dan bala yang besar terbeban di atas kami jadi kami bermohon kepada Allah bukakanlah hati kami melakukan sesuatu. Yang ada pada kami melakukan sesuatu.Yang ada kami buat sedikit-sedikit pada masa ini iaitu melawat masjid-masjid melihat bagaimana mereka membuat ibadat.”

YA ALLAH CUCURILAH RAHMAT KE ATAS AL MARHUM, AMPUNILAH DOSANYA, MASUKKANLAH ROHNYA KE DALAM GOLONGAN HAMBA- HAMBAMU YANG DISEBUT SEBAGAI AL IMAMUL-AADIL, DAN PARA SUHADA.

Risalah Iskandar sentiasa dalam kenangan, tertulis dengan kukuhnya di ingatan tiap muslim yang cintakan keadilan, kebenaran dan kemuliaan budi para pemimpinnya.

Sumber : Petikan dari buku cenderamata Majlis Perhimpunan Maal Hijrah pada 17.04.1999

Advertisements

DYTM Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Ngah Jaafar Muazza Shah [ Raja Muda Perak ]

Raja Muda Musa Ibni Sultan Ngah Jaafar

Raja Muda Musa Ibni Sultan Ngah Jaafar

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Musa ibni al-Marhum Sultan Ja’afar Safi uddin Mu’azzam Shah Waliu’llah, merupakan adinda kepada Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II. Dilantik sebagai Bakal Sultan bergelar Tuanku Raja Muda, Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam pada 12 Jan 1899 takkala sepupu baginda iaitu Raja Idris menaiki takhta singgahsana negeri sebagai Paduka Seri Sultan Perak bergelar Sultan Idris Murshidul’Adzam Shah adalah putera Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar .

Baginda jua terlibat didalam penentangan penjajah takkala perang di Perak. baginda jua telah bersembunyi seketika di hilir perak yang merujuk di sekitar kawasan Bernam.

Baginda bersurikan Y.A.M. Che Puan Besar Amina Binti Shaikh Muhammad Taib, baginda mangkat sekitar tahun 1906 dan di makamkan di Makam Diraja Bukit Chandan.

Legasi yang di tinggalkan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Musa hingga membawa kelangsungan pemerintahan negeri perak iaitu merujuk kepada Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa (Mangkat 1948) > DYTM Raja Muda Musa Ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz Ni’matullah Shah – Raja Muda of Perak (Mangkat 1983) > Raja Dato Seri Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa (Raja Di Hilir Perak kini)

BURBAR (1) (1)

The High Commissioner, Sultan of Perak, Raja Muda Musa, Raja Bendahara Abdul Jalil. Kuala Lumpur, Malaya – 1903
collection The National Archives.

Sumber :

http://en.wikipedia.org
– The Perak Royal Mausoleum or Al-Ghufran Royal Cemetery

YM Raja Nor Jasmin binti Raja Haji Shahar Shah, first batch of Women Police of the Federation of Malay States

The role and contributions of the Perak royals in the military and police force shall not be disputed. Alongside with DYMM Sultan Iskandar Shah ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah  (the first ever Malay to attained the rank of Assistant Commissioner of FMS Police Force), DYAM Raja Dato’ Seri Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik (the most senior Malay officer in the Criminal Investigations Department (CID) prior to the Japanese occupation) and YAM Brigadier General Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid bin Raja Abdul Rahman (among the first 25 Malay youths to join the first Experimental Squad of the Royal Malay Regiment), we shall not forget about YM Raja Nor Jasmin binti Raja Haji Shahar Shah.

The daughter of YM Raja Haji Shahar Shah bin Raja Harun al Rashid was among the first batch of the country’s first Women Police Officers when it was formed in August 1955. Two months later, she was promoted as Inspector. Between the year 1958 and 1959, Raja Nor Jasmin was appointed Prosecutor at the Kuala Lumpur Magistrate’s Court. In 1959, she was made acting Assistant Superintandent of Police (ASP).

39293_3a

The photo above shows the first batch of women police officers in 1955. YM Raja Jasmin binti Raja Haji Shahar Shah was seated 6 from the left. (Source: http://www.rmp.gov.my)

Briefly, the country’s first women police officers were recruited in August 1955. The recruitment of women began as a result of the passing of the Essential (Special Constabulary) Regulations 1948. One of the objectives in bringging women to the force was to draw out the women involved in the communist party during the Emergency (1948-1960). Women officers were recruited to undertake searches of female suspects in accordance with the Emergency laws.

In August 1955, the first Women’s branch was set up headed by an Assistant Director, Mrs. B. D. R. Wentworth.

Beginning of October 1955, seven Trainee Women Inspectors from the Women’s Branch underwent training with male Probation Inspectors at the Police Training Headquarters in Jalan Gurney, Kuala Lumpur.

————————————

Source:

http://www.rmp.gov.my

Arkib Negara Malaysia