SISTEM KESULTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN – Bahagian II

Dalam Bahagian I, kami telah berkongsi mengenai sistem pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah di negeri Perak. Pengkongsian ilmu pada kali ini menjurus kepada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak terutamanya Bahagian Yang Kedua yang menyentuh aspek perlantikan seseorang Raja Pemerintah.

a) Peruntukan Bagi Perlantikan Raja Pemerintah

Fasal VII (I) menjelaskan bahawa Raja Pemerintah itu hendaklah seorang zuriat di akui telah di peranakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh badan dan darah daging Sultan Yang Kelapanbelas.

(2)   Zuriat yang harus menjadi Raja Pemerintah itu hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun menurun sehingga yang akhir sekali dan tidaklah boleh dibenarkan sekali-kali walaupun dengan apa-apa sebab,  dan hendaklah di haramkan memilih dan melantik seseorang sebagai Raja Pemerintah lain daripada seorang zuriat daripada Sultan yang kelapanbelas itu selagi ada hidup seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan itu”

Anak-anak Raja yang layak dan harus di pertimbangkan untuk  maksud di atas itu adalah mereka yang di sebutkan sebagai “Waris Negeri”.  Mengikut definisi dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak,  “Waris Negeri” maknanya   seorang zuriat keturunan benih (lelaki) daripada Sultan Perak yang kelapan belas,  iaitu Al-Marhum Sultan Ahmaddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Shah.

b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan

“Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”.  Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah :

Bakal-bakal Raja1

Almarhum Sultan Iskandar Shah bersama-sama Bakal-bakal Raja sewaktu pemerintahan Baginda (1918-1938) iaitu Raja Abdul Aziz ibni Almarhum Raja Muda Musa (Raja Muda) dan Raja Yusuf Izzudin ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil (Raja Bendahara).

Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan. Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah:

  • Raja Muda
  • Raja DiHilir

c) Peruntukan Bagi Perlantikan Raja-Raja Bergelar

“Fasal XXXVII (I) Maka Raja Pemerintah itu,  dengan nasihat Dewan Negara itu,  hendaklah memilih dari antara mereka yang harus di pilih dan di lantik menjadi Raja Pemerintah,  empat orang lelaki yang hendak di sebutkan Raja Yang Bergelar dan di ketahui dengan gelarannya :

  • Raja Kechil Besar
  • Raja Kechil Sulung
  • Raja Kechil Tengah
  • Raja Kechil Bongsu

(2)    Maka Raja Yang Bergelar itu hendaklah berdiri sebagai Ahli-ahli Kanan Waris Negeri,  dan jikalau sekiranya ada pilihan bagi lantikan seorang Bakal Sultan,  maka hendaklah di utamakan timbangan ke atas mereka itu terdahulu daripada Waris Negeri yang lain oleh sebab gelarannya.”

d) Peruntukan Bagi Ditubuhkan Dewan Negara

“Fasal LVII.  Bahawa inilah di tubuhkan Dewan Negara bagi menolong dan menasihatkan Raja Pemerintah itu pada menjalankan pekerjaan Baginda seperti yang disyaratkan dalam Bahagian ini.

Fasal LVIII.  (1) Maka Dewan Negara Perak itu hendaklah mengandungi ahli-ahli seperti berikut :

(a)       Raja Muda, Raja Bendahara, Raja DiHilir, Raja Kechil Besar, Raja Kechil Sulung, Raja Kechil Tengah, Raja Kechil Bongsu, Menteri Besar jika seorang Melayu, Mufti sebagai ahli jawatan tetapi di syaratkan bahawa apabila gelaran Raja Bendahara di mansuhkan maka Raja Kechil Besar hendaklah menjadi ahli jawatan mengambil tertib kedudukan yang hampir di bawah Raja DiHilir.

(b)       Menteri Besar jika ia seorang yang bukan orang Melayu dan mereka-mereka yang sementara ini menyandang gelaran-gelaran Orang Besar Empat dan Orang Besar Delapan sebagai ahli-ahli resmi;

 (c)     Sebelas Orang Tua dan seorang bukan bangsa Melayu yang tiada memegang jawatan yang bergaji di bawah mana-mana Kerajaan sebagai ahli yang bukan resmi;

Untuk melihat dengan jelas proses pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah negeri Perak Darul Ridzuan, sila rujuk kepada paparan berkenaan pemilihan dan perlantikan DYMM Al-Marhum Paduka Seri Sultan Azlan Shah (Bahagian III), dari mula-mula lagi sebagai Raja Kechil Bongsu hingga Baginda menaiki takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada tahun 1984.     

Bersambung………………

——————————————————–

Beberapa paparan terdahulu yang menyentuh perihal Undang-undang Tubuh Negeri Perak:

https://sembangkuala.wordpress.com/2009/06/15/the-constitution-of-perak/

https://sembangkuala.wordpress.com/2009/06/21/article-7-perak-constitution-descendant-of-eighteenth-sultan/

https://sembangkuala.wordpress.com/2009/08/15/article-xxv-perak-constitution-honours-dignities/

Advertisements

Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, the Raja Kecil Sulong of Perak, passes away

Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Sulong 2010-2012, at the opening of the Perak Sultanate Exhibition at the Ipoh Town Hall in February 2012. (Photo: YM Raja Mariam Raja Mohamed Iskandar)

Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah died in the early hours of Friday, 30 March 2012, at his residence in Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Almarhum’s remains were brought to Istana Iskandariah and was subsequently interred at the Al-Ghufran Royal Mausoleum after Asar prayers at Masjid Ubudiah.

The atmosphere at Bukit Chandan was described as solemn and many, both from the extended Royal Family as well as the rakyat, were in attendance. YM Raja Mariam Raja Mohamed Iskandar who attended described the scene at Al-Ghufran, “There was a sea of people at the Makam yesterday. Even if I had passed by my own mother, there was every likelihood that I wouldn’t have noticed her. For the most part, I just couldn’t focus on the faces… there were too many. But I did notice an air of quiet dignity in the sadness among many of them. For me, the most profound and poignant part of the funeral was the non-stop salawat/dzikir, echoing throughout the funeral procession till the very end of the burial. A fitting farewell for a much loved and respected Prince who had revered his God and the Prophet”. Almarhum’s remains were carried on the siraja Di-Raja by members of the Royal Malay Regiment and Royal Malaysian Police from Istana Iskandariah to Masjid Ubudiah. Also in attendance were the members of the Johor and Perak royal family, as well as the Prime Minister and some members of his cabinet.

The Siraja DiRaja carried by members of the Malaysian Armed Forces arriving at Masjid Ubudiah. (Photo: YM Raja Mariam Raja Mohamed Iskandar)

Almarhum Raja Ashman Shah’s remains being carried to Al-Ghufran after jenazah prayers at Masjid Ubudiah. (Photo: YM Raja Mariam Mohamed Iskandar)

We at SembangKuala would like to extend our deepest condolences to Almarhum’s family – DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzudin Ghafarullahu-lah, the Sultan of Perak; DYMM Tuanku Bainun binti Mohd Ali, the Raja Permaisuri of Perak; DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, the Raja Muda of Perak; YTM Raja Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Raja Ashman Shah, the Raja Kecil Tengah of Perak; YAM Raja Dato’ Seri Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah; YAM Raja Dato’ Seri Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah; YAM Raja Dato’ Seri Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah; Dato’ Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin; YM Raja Emina Aliyyah binti Almarhum Raja Ashman Shah and YM Raja Bainunnisa Safia binti Almarhum Raja Ashman Shah; as well as the rest of Almarhum’s family.

May Allah swt grant Almarhum jannah. Al-Fatihah.

Celluloid memories: a family portrait of Almarhum Sultan Idris I

Almarhum Sultan Idris and his consort, Tengku Permaisuri Uteh Mariah, posing for a family portrait. Standing from left: YAM Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris, YAM Raja Harun Al-Rashid ibni Sultan Idris and YAM Raja Shuib ibni Almarhum Sultan Idris. Standing to the left of Almarhum Sultan Idris is YAM Raja Shahruddin ibni Almarhum Sultan Idris and Almarhum's grandsons - all issue of YAM Raja Harun Al-Rashid, from left: YM Raja Aman Shah, YM Raja Ariff Shah and YM Raja Shahar Shah.

This is a photo of Almarhum Sultan Idris I and his consort, Tengku Permaisuri Uteh Mariah (seated leftmost), and their sons and grandsons. The year when the photograph was taken is not known but a best estimate (based on the appearance of Almarhum’s grandsons) may be circa 1910’s.

This photo was kindly shared by YM Raja Nur Jannah Raja Hirdan, from a collection belonging to Raja Fauziah (Ku Diah) binti Raja Shoran, grand-daughter to Almarhum Raja Bendahara Abdul Rashid ibni Sultan Idris I.