Dalam kenangan: Risalah Iskandar Shah, bah. 1

Saudara Muhamad Adha, atau lebih dikenali dengan nomme de guerre beliau Ku Alam, merupakan salah seorang penyumbang terbaru laman web SembangKuala. Nukilan beliau di paparan ini akan diterbitkan dalam dua bahagian, dan ianya menyentuh kandungan Risalah Iskandar Shah, sebuah kitab agama Islam yang mengandungi titah nasihat yang ditulis oleh Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1921.

__________________________________

Bertempat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 1918, Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah (Marhum Kadasallah) menaiki tahta Kerajaan Perak sebagai Sultan Perak yang ke-30, menggantikan kekanda baginda iaitu Almarhum Paduka Seri Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah.

Sebuah salinan Risalah Iskandar Shah yang berada di Jabatan Agama Islam Perak. (Foto: YM Raja Mariam Raja Mohd Iskandar)

Ketika pemerintahan Almarhum, negeri Perak sedang berada dikemuncak kegemilangan dan ketika itu jugalah banyak perkara-perkara penting telah berlaku seperti contoh pembukaan Jambatan Iskandar serta pembinaan Istana Iskandariah. Di samping Almarhum diakui sebagai seorang sultan yang menghabiskan masa pemerintahannya untuk kepentingan rakyat, Almarhum Sultan Iskandar juga adalah satu-satunya sultan dan raja pemerintah di Tanah Melayu itu yang teralim dan sangat mengambil berat akan hal agama pada era itu. Hal ini terbukti apabila dalam tahun 1921, Almarhum telah mengarang dan menerbitkan sebuah tulisan yang berupa sebuah kitab agama yang diberi nama Risalah Iskandar Shah. Jika kita menatap seluruh isi kandungan dan tulisan Almarhum ini, kita akan dapat merasakan betapa mulia dan besarnya hasrat Almarhum untuk mengembangkan syiar Islam dan menghayati ajarannya. Sebagai bukti, marilah kita meneliti beberapa petikan yang disebut dari kitab Almarhum itu.

Di muka surat dua Risalah itu, Almarhum Sultan Iskandar dengan menggunakan gantinama Faqir menulis: “Wahai sekelian saudara-saudara ku lelaki dan perempuan dengarlah perkataan Faqir yang tidak sepertinya ini, mudah-mudahan akan menjadi kenangan-kenangan saudaraku sekalian kepada Faqir terutama sekali masa hilang hayat Faqir di belakang hari dan tiada sekali niat Faqir dengan bermegah – megah ataupun dengan menunjukkan kepandaian melainkan hanya Faqir berserah dan berpegang semata-mata pada Tuhan kita…

Tujuan Almarhum menulis Risalah itu di muka surat tiga dengan titahnya: “Maka adalah tujuan Faqir menulis Risalah kecil ini semata-mata niat Faqir ialah kerana mengikut dan menjunjung titah dan suruhan Rasul kita iaitu hendaklah ingat dan beringat-ingat kita satu sama lain baik dengan sepatah perkataan sekalipun.

Almarhum Sultan Iskandar dikenali sebagai seorang sultan yang sangat rendah hati. Ini terbukti dengan titah Almarhum di dalam Risalah tersebut di muka surat tiga: “…apalah gunanya kita bermegah-megah dengan bangsa kita, asal kita daripada tanah, kejadian kita kita daripada benda yang cemar dan keluar kita daripada tempat yang kotor kemudian kembali kita kepada tanah.

Di muka surat empat, Almarhum bertitah lagi: “…apalah kita berbimbang-bimbang pada menghimpunkan harta benda dan sayang kita menafkahkan dia pada membuat ibadat akan hal apabila kita mati diambil oleh orang-orang harta itu.” Almarhum Sultan Iskandar membuktikan bahawa titah ini di mana dalam tahun 1922, sejarah sama sekali tidak dapat melupakan Almarhum telah mewakafkan sejumlah harta yang sangat besar nilainya bagi mendirikan dan membiayai sebuah sekolah agama yang tertua dalam negeri ini yang telah banyak mengeluarkan tokoh-tokoh masyarakat dalam semua bidang termasuk bidang penulisan dan sastera. Sekolah itu masih kekal hingga sekarang dengan nama Madrasah Idrisiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar yang diambil sempena nama ayahanda Almarhum, yakni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah. Di antara tokoh-tokoh yang pernah menjadi mudir di Madrasah Idrisiah adalah Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, datuk kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia.

Di muka surat enam belas Risalah ini Almarhum Sultan Iskandar menulis 4 rangkaian kata-kata hikmat yang patut dikenang oleh generasi sekarang: “Hina manusia dengan kerana miskin. Hina kampong dengan kerana semak. Hina senjata dengan kerana karat dan hina binatang dengan kerana kurus.”

Melaui kitab ini Almarhum mengarah supaya orang-orang alim di dalam negeri Perak menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh hamba rakyat, dengan titah Almarhum di muka surat enam belas: “Hai orang-orang alim, tolong doakan oleh mu kaum kita mudah-mudahan supaya di bukakan oleh Allah hati mereka itu membuat yang disuruh dan berhenti daripada tegahan yang ditetahkan oleh Tuhannya dan tegur ajar oleh mu akan mereka itu … lagi, hai orang-orang alim, jangan sekali-kali engkau jadikan diri mu seperti pengayak tepung yang halus-halus keluar yang kasar-kasar tinggal.”

Kepada kadhi-kadhi dalam negeri Perak, Almarhum Sultan Iskandar memberi peringatan dengan titahnya di muka surat lapan belas: “Hai kadhi-kadhi, tidur baring makan minum dan bersenang-senang kamu itu kerana apa? Bukankah kamu apa yang diharapkan oleh Nabi kamu dan Raja kamu menaympaikan hukuman Tuhan kamu. Apa perkataan kamu yang sudah kamu sediakan pada masa hadapan Tuhan kamu di akhirat kelak. Adakah perkataan kamu itu pada fikiran kamu boleh melepaskan daripada orang-orang yang tiada menyampaikan titah Tuhannya? Jawab, jawab, jawab.” Atas sifatnya yang tawadhuk itu, Almarhum bertitah di muka surat dua puluh satu, “Ya Ehwanul Muslimin, isi negeri Perak sama ada lelaki atau perempuan tua atau muda, sekiranya berlaku hukuman Allah di atas kami, haraplah kami tuan maafkan apa-apa kekhilafan kami serta halalkan jika ada harta benda tuan-tuan termakam oleh kami. Kemudiaan pohon oleh mu ke Hadrat Rabbul ‘Alamin akan ampunNya serta dikurniaNya rahmat yang luas bagi kami Alang Iskandar. Demikian juga sentiasa memohon ke hadrat Tuhan mudah-mudahan disudahkanNya kita semua di dalam Husnul Khatimah, Amin.”

[bersambung…]

Rujukan: Buku Cenderamata Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah, 17 April 1999.

Pengumuman: Tempahan gambar berkumpulan

Assalamualaikum YM Engku-engku sekalian,

Sukacita dimaklumkan bahawa gambar berkumpulan (group photo) yang diambil ketika Majlis Bersama DYMM Pemangku Raja Perak dan DYTM Raja Puan Besar Perak pada 5 November 2011 tempoh hari akan mula diedarkan. Walau bagaimanapun, ianya bukan percuma seperti yang diwar-warkan.

Patik-patik di SembangKuala dengan bantuan Foto Ekono berbesar hati untuk membantu dan mengkoordinasikan tempahan-tempahan gambar ini. Ini termasuk urusan pengambilan gambar di Ipoh dan tiada caj tambahan dikenakan. Penghantaran / kutipan gambar adalah disekitar kawasan Kuala Kangsar, Ipoh, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Damansara dan Kajang.

Harga-harga tempahan adalah seperti berikut:

Type A

Foto (laminated) bersaiz 8″ x 24″ – RM 50.00 sekeping.

Type B

Foto (laminated) bersaiz 12″ x 36″ – RM 120.00 sekeping.

Type C

Foto (laminated) bersaiz 8″ x 24″ bersama frem- RM 120.00 sebuah. (Harga terkini: RM100.00 sebuah)

Type D

Foto (laminated) bersaiz 12″ x 36″ bersama frem – RM 280.00 sebuah. Harga terkini: RM250.00 sebuah.

Contoh sebenar frem adalah seperti di bawah:


Bagi yang berminat, tempahan boleh dibuat dengan menghantarkan email ke rajashahriman@sembangkuala.com

Didalam email sila sertakan maklumat seperti berikut:

1) Nama:

2) Nombor telefon:

3) Kawasan penghantaran: Kuala Kangsar / Ipoh / Kuala Lumpur / Shah Alam / Petaling Jaya / Damansara / Kajang.

4) Jenis tempahan: Type A / B / C / D

5) Kuantiti:

—————————————————–

Untuk makluman engku-engku, tempahan hanya akan dibuat selepas pembayaran telah dibuat. Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau menerusi akaun Maybank 564490058195 (Raja Shahriman Raja Harun Al Rashid). Jika pembayaran melalui akaun, sila sertakan nama penghantar sebagai rujukan.

Tarikh tutup tempahan adalah pada 2 Disember 2011. InsyaAllah, pengedaran akan dibuat sekitar pertengahan bulan Disember 2011.

Segala pertanyaan, sila hubungi patik-patik melalui admin@sembangkuala.com.

Sekian, terima kasih.

Islam, Muslims and Human Rights

DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah was invited to give a speech entitled “Islam, Muslims and Human Rights” on 9 November 2011 as part of the seminars touching on the Arab Spring organised by the Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS). Tuanku’s titah ucapan was held at the Examination Schools Building of Oxford University and was attended by College fellows of the University of Oxford, including Datuk Dr Afifi Al-Akiti of Worcester College and Dr Farhan Nizami of Magdalen College, and students, both local and Malaysian.

In his titah ucapan, Tuanku described how Islam has always championed human rights way before the West was enlightened to do so. Even before the time when 18th century Europe reached the Age of Enlightenment in the time of Locke and Rousseau, or when the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) was adopted by the United Nations in 1948, Islam through the Al-Quran has laid down rules on preserving human dignity, for both men and women. Tuanku had also pointed out that whilst human rights is ensconced in Islam, it has its boundaries.

The following is an excerpt of Tuanku Raja Nazrin’s speech at Oxford:

Tuanku had also touched on the West’s unfair perception on Muslim nations especially in the context of what is perceived as democracy, an example being how Muslim countries like Malaysia and Indonesia are successful democracies have never been highlighted especially by Western media. Tuanku also urged that the way forward in establishing peace is meaningful dialogue between the Abrahamic faiths of Judaism, Christianity and Islam to see each other’s common ground.

Professor Jonathan Bate, provost of Worcester College, thanking DYMM Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah. In the middle is Dr Farhan Nizami, Prince of Wales Fellow in Islamic Studies at Magdalen College and Founder Director of OCIS. (Photo: Raja Mahariz Raja Muzaffar)

Tuanku’s titah lasted an hour and was well received by those attending. The provost of Worcester College, Professor Jonathen Bate, then gave a short summing up speech before thanking Tuanku for returning to Oxford for the seminar. Following his titah, Tuanku spent time speaking to members of the floor as well as Malaysian students who came from far and wide for the evening’s proceedings.

Tuanku Raja Dr Nazrin Shah is an alumnus of Worcester College, Oxford where Tuanku read Philosophy, Politics and Economics (PPE).