Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan

Artikel ini adalah berhubung hal ehwal yang melibatkan peraturan-peraturan tertentu tentang cara-cara memakai darjah-darjah kebesaran,bintang-bintang dan pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Cara-cara memakai darjah kebesaran dan bintang-bintang Negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti yang dijelaskan didalam buku Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.

PAKAIAN DIF-DIF JEMPUTAN
RAJA BERGELAR, WARIS NEGERI, ORANG BESAR PERAK (LELAKI & PEREMPUAN)

– Pakaian Kebangsaan Rasmi yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak
– Pakaian Yang Berhormat bagi perempuan yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak
(Baju Kebaya Labuh/ Baju Kurung Labuh)

Pakaian Ahli Dewan Negara Perak

AHLI DEWAN NEGARA PERAK (BUKAN RASMI) PENYANDANG DARJAH KEBESARAN DATO’ SERI/ DATO’

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan Rasmi, bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak. Bagi Ahli Dewan Negara Perak (Bukan Rasmi) boleh berkeris

WANITA
– Pakaian Istiadat yang diluluskan untuk penyandang Darjah Kebesaran Dato’ Seri/ Dato’
(Baju Kebaya Labuh/ Baju Kurung)

Pakaian Ahli Dewan Negara Perak

AHLI DEWAN NEGARA PERAK, AHLI PARLIMEN, SENATOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DIRAJA.

– Pakaian Rasmi Istiadat (No. 1 Dress) hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada)

– Pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara tidak lagi boleh memakai Pakaian Rasmi Istiadat (No. 1 Dress) yang merupakan Pakaian Seragam Perkhidmatan (Services Uniform)

MUFTI, HAKIM DAN PENSYARAH

– Yang mempunyai jubah (Robe) rasmi – boleh memakainya
Hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada)

Pakaian Istiadat - No. 1 Dress

ORANG AWAM

BAKAL PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK
BERGELAR DATO’ SERI/ DATO’

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan Rasmi (untuk penyandang Darjah Dato’ Seri/ Dato’), bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris
– Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam benang emas, bertengkolok hitam dan berbengkung hitam
– Memakai Lounge Suit berwarna gelap dan bersongkok hitam (bukan warganegara)

WANITA
– Pakaian Istiadat yang diluluskan untuk menyandang Darjah Kebesaran Dato’ Seri/ Dato’ (baju kebaya labuh)
– Baju Kebaya Labuh berselendang (tidak sedondon)

JEMPUTAN LAIN

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam benang emas. bagi jemputan yang bukan melayu bolehlah memakai lounge suit berwarna gelap dan bersongkok hitam (bukan warganegara)

PEREMPUAN
– Baju Kebaya Labuh/ Baju Kebaya Labuh
Hendaklah memakai Bintang dan Pingat-Pingat (Jika Ada)

PERATURAN MEMAKAI DARJAH KEBESARAN YANG MEMPUNYAI KALUNG SEUMPAMA S.P.S.A., D.S.A., S.P.C.M., DAN S.P.T.S.

HENDAKLAH DIPATUHI IAITU :

“Apabila memakai Kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran, Selepang Darjah Kebesaran itu tidak boleh dipakai bersama, tetapi selepang bagi Darjah Kebesaran yang lain boleh dipakai jika seseorang itu mempunyai Darjah Kebesaran yang lain. Jika seseorang itu telah dikurniakan lebih dari satu pengurniaan yang mengandungi Kalung, hanya satu Kalung sahaja boleh dipakai pada satu-satu masa”.

PERINGATAN UMUM

  • Bakal-bakal penerima Darjah Kebesaran tidak dibenarkan memakai sebarang Darjah Kebesaran atau pingat-pingat yang telah diterima sebelum ini semasa istiadat menerima penganugerahan Darjah Kebesaran,
  • Tidak memakai warna kuning, putih dan ungu (Berbaju kemeja putih dibenarkan),
  • Segala jenis bunga (perhiasan di kepala), tidak boleh dipakai bagi wanita,
  • Apabila duduk di Balairong Seri, jangan duduk bersila panggung atau kaki atas kali (bersilang kaki),
  • Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit (handphone) ke dalam Balairong Seri,
  • Bakal penerima/ dif-dif jemputan lelaki hendaklah berkasut kulit hitam dan berstokin hitam.

Sumber :
1. Buku Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
2. http://epla.perak.gov.my/informasi_pingat.html

Advertisements

Tiga Puluh Tahun Bersemayam Diatas Takhta Singgahsana Negeri.

SultanAzlanShah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah,
Telah dilantik sebagai Paduka Seri Sultan Perak oleh Dewan Negara Negeri Perak Darul Ridzuan pada tanggal 3 Feb 1984.

Tegas Memperlihatkan Prinsip Pengharapan,
Mempamerkan Kebijaksanaan Dan Kearifan,
Itulah Paduka Seri Sultan Azlan,
Sultan Perak Darul Riduzan,

Payung Pemerintahan Paduka Seri,
Tiga Puluh Tahun Bersemayam Ditakhta Negeri,
Memperlihatkan Kebijaksanaan Raja Negeri,
Raja Berperlembagaan Dan Negara Berdemokrasi,

Indah Peterakna Merchu Negeri,
Singgahsana Takhta Keraja’an Negeri,
Menjadi Lambang Tunggak Negeri
Tempat Bersemayam Paduka Seri,

Dibawah Naungan Duli Baginda,
Negeri Bersultan Rakyat Beraja,
Rakyat Bersatu Penuh Bahgia,
Berbilang Kaum Berbilang Bangsa,

Paduka Seri Payung Negeri,
Penyambung Tradisi Membangunkan Negeri,
Negeri Sentosa Ilahi Memberi,
Bijak Bestari Memerintah Negeri,

Nasihat Dan Pandangan Paduka Seri,
Memelihara Dan Melindungi Tradisi,
Kerja Strategik Dan Berdimensi,
Adat Bangsa Tidak Ditenggelami,

Paduka Seri Berilmu Berpengetahuan,
Penguasaan Ilmu, Pengalaman Kerjaya,
Bidang Perundangan Dan Kehakiman,
Sumber Keadilan Dan Tunggak Keutuhan,

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri,
Bersemayam Di Atas Takhta Negeri,
Tiga Puluh Tahun Menjadi Penyuluh Seri,
Arif Bijaksana Menaungi Rakyat Negeri,

Sepanjang Memimpin Rakyat Negeri,
Pelbagai Pembangunan Dikecapi,
Kemakmuran Negeri Kesejahteraan Dinikmati,
Dibawh Naungan Paduka Seri,

Memelihara Kemuliaan Pemerintahan Bertradisi,
Rakyat Bersultan Negeri Beraja,
Warisan Turun Temurun Diwarisi,
Merentas Waktu Peredaran Masa,

Patek sekalian Editor SembangKuala Merafak Sembah,
Berlandaskan Adat,
Bersempena Tiga Puluh Tahun Pemerintah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah

[BERNAMA] Sentuhan Diraja Dalam Sejarah Kemerdekaan Dan Penubuhan Malaysia

Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 Sumber : Google

KUALA LUMPUR, (Bernama) — Jika tidak dengan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu sejak abad ke-19, nikmat kemerdekaan dan pembentukan sebuah negara Malaysia tidak mungkin wujud sekarang ini. Mungkin yang ada sekarang ini hanyalah beberapa buah negara kecil dengan raja masing-masing.

Tetapi dengan berpaksikan kesepakatan dan kerjasama dalam kalangan raja-raja Melayu telah dapat memperkukuhkan kedaulatan institusi raja dan seterusnya kedaulatan negara pada mata dunia. Ini dapat dilihat sejak akhir abad ke-19 lagi apabila raja-raja Melayu bermula dengan empat negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, telah mula bermuafakat ke arah penyatuan melalui antaranya mesyuarat raja-raja Melayu dan perjanjian Bangkok (1909).

Semangat ini disokong dan diteruskan pula oleh para pemimpin negara berketurunan warisan diraja seperti Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan pengistyiharan kemerdekaan daripada British dan penubuhan Malaysia dengan penggabungan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 Sept, 1963.

Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Sumber : Google

Rentetan peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa institusi raja memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha penubuhan negara Malaysia. Bagaimanapun, di sebalik jalan cerita utama ini, banyak lagi kisah yang jarang didengar rakyat Malaysia tentang jasa dan pengorbanan raja dan sultan untuk membangunkan negara.

Sila Klik Link untuk paparan penuh :-

[BERNAMA] Sentuhan Diraja Dalam Sejarah Kemerdekaan Dan Penubuhan Malaysia

Sumber : BERNAMA