Seulas kata sempena ulangtahun ketiga SembangKuala

Alhamdulilah, syukur kehadrat Ilahi, dengan izinNya juga maka pada hari ini genap tiga tahun umur SEMBANGKUALA iaitu sebuah laman web yang menyentuh beberapa aspek mengenai Kesultanan Perak . Bermulanya dengan artikel Perjanjian DEMANG LEBAR DAUN dan SERI TERI BUANA, SEMBANGKUALA menyusuri langkah demi langkah berkongsi pensejarahan negeri Perak dan Adat Lembaganya bagi meneruskan legasi datuk kami iaitu Toh Muda Orang Kaya-kaya Indira Mahakurnia DiRaja, YM Raja Razman bin Raja Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Tok Nik dikalangan cucu-cucunya.

Saya secara peribadi tidak mengenali dengan rapat Tok Nik, hanya beberapa tahun sahaja sebelum arwah Tok Nik pergi meninggalkan kami buat buat selama-lamaya. Walau bagaimanapun, saya belajar mengenali arwah Tok dengan bahan penulisan, penyelidikan dan juga artikel-artikel suratkhabar lama yang menceritakan tentang siapa arwah sebenarnya. Dari sinilah saya mengenali siapa Tok Ku Nik sebenarnya dan pengkajian sejarah beliau. Beliau banyak menulis, mengkaji tentang Adat Lembaga Perak dan lain-lain yang berkaitan dengan Kesultanan Perak yang telah banyak dilupakan dan juga tidak diketahui oleh generasi muda termasuk diri saya serta sepupu-sepupu saya di SEMBANGKUALA.

Perkongsian ilmu inilah legasi Tok Ku Nik yang sebenarnya dimana dengan izin Allah SWT akan kami sebagai sidang editor SEMBANGKUALA melestarikan ilmu berhubung Lembaga Adat dan Warisan Raja-Raja Perak sebermulanya dari Gangga Negara, Indera Sakti, Cempaka Sari dan kini dikenali sebagai Negeri Perak.

Pengkisahan dan juga paparan artikel SEMBANGKUALA adalah berbentuk akademik dan penceritaan semula sesuatu yang kami perolehi untuk dikongsikan bersama.

Ucapan penghargaan pada Arwah Raja Razman bin Raja Abdul Hamid di dalam Cenderamata sempena Pertabalan Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah, Oktober 1963.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada kesemua sidang editor SEMBANGKUALA dan tidak lupa penyumbang-penyumbang individu yang terlalu banyak berkongsi ilmu-ilmu yang berharga, semoga Allah SWT juga dapat membalasnya.

YM Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa, YM Raja Dato’ Seri Mansur Razman, YM Raja Halimah Razman (Auntie Mimi), YM Raja Harun Al-Rashid (Ayah Chu)serta Allahyarhamah Raja Halijah Razman (Arwah Ah) adalah anak murid kepada Tok Nik yang tidak penat berkongsi ilmunya pada kami semua untuk dipaparkan dan dikongsikan bersama anda. Mereka adalah legasi Rumah Hitam Tok Nik yang telah mencurahkan ilmunya pada kami sebagai menyambung legasi arwah Tok Nik yang tidak pernah selesai.

Kepada Waris dan Kerabat Negeri Perak dan anda semua, saya berharap segala usaha kami akan memberi sedikit sebanyak pengetahuan dimana anda akan berkongsi pula pada generasi yang akan datang agar Adat-adat dan pensejarahan Negeri kita agar tidak dilupakan dan disemaikan didalam pengetahuan dan pemikiran setiap anggota masyarakat. InsyaAllah.

Raja Yusuf Izzudin bin Raja Dato’ Lope Ahmad Razman
Bagi pihak sidang editor

Advertisements

Honorary aide-de-camp to two Perak Sultans: Raja Dato’ Amir bin Raja Razman

Raja Dato' Amir during his younger days.

Raja Dato’ Amir Razman (or known to many as simply Raja Amir or Ku Amir) was born in 1924, the eldest son of Raja Razman (Ku Nick) and Sharifah Hendon Shahbuddin.

Like his father before him, Raja Amir was educated at the Malay College Kuala Kangsar. His comrades during his days in Koleq included Almarhum Tuanku Jaafar of Negeri Sembilan and Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (the second Prime Minister of Malaysia).

Raja Amir was appointed honorary aide-de-camp (ADC) firstly to Almarhum Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Sultan Abdul Jalil until 1963 and subsequently to Almarhum Sultan Idris Shah II ibni Sultan Iskandar, as military ADC.

As ADC to Almarhum Sultan Yusuf Izzudin, Raja Amir had accompanied Almarhum to England[1] on a six-month visit in 1950, together with Raja Ekram and Raja Azlan Shah1 (now Sultan of Perak). He also accompanied Almarhum Sultan Yusuf Izzudin for the coronation of Queen Elizabeth II in 1953.

Raja Dato' Amir Razman as military ADC to DYMM Sultan Idris Shah II.

Raja Amir was by a firstly a captain when he was ADC to Almarhum Sultan Yusuf Izzudin, and was already a major when he accompanied Almarhum Sultan Idris Shah II inspecting members of the Vigilante Corps along the coast of Perak during the confrontation with Indonesia[2].

Raja Dato’ Amir is seen here with DYMM Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil during the signing of F.M.S agreement on 5 August 1957 to mark the end of British rule in Malaya. (Photo: NSTP Publications)

Raja Dato’ Amir is blessed with five children from his marriage with Raja Datin Mariam (Wan Yam to her nephews and nieces) binti Raja Bendahara Abdul Rashid (three daughters) and Tengku Mahtera of Medan (a son and a daughter).

Raja Dato' Amir in his uniform with his wife, Raja Datin Mariam binti Raja Bendahara Abdul Rashid. (Photo courtesy of Raja Saiful Adian Raja Muda Ahmed Siffudin)

Raja Dato’ Amir died in 1982 in London and was interred at the Al-Ghufran Royal Mausoleum in Bukit Chandan. He was 58.

Reference:
1. SULTAN AT ROYAL PARTY. The Straits Times. 22 July 1950. p3.
2. SULTAN’S SURPRISE VISIT TO VIGILANTES OF PERAK. The Straits Times. 10 March 1965. p6.


  1. The young Tuanku Sultan Azlan Shah was to start his studies in law at Nottingham University then.

 

Raja Dato’ Sharifuddin Raja Razman

Raja Dato' Sharifuddin Razman with DYMM Sultan Azlan Shah at Istana Iskandariah.

Raja Dato’ Sharifuddin Raja Razman, or fondly known as Ayah Din among his nephews and nieces, passed away today at the Ipoh Specialist Centre. He was 80.

Allahyarham Raja Sharifuddin, then Police ADC, with Almarhum Sultan Idris II in 1964. (Source: Raja Juliana Sharifuddin)

Allahyarham was born in 1929, the fifth son of Raja Razman Raja Abdul Hamid (Ku Nick). He was a Reserve Assistant Superintendent of Police in charge of the Police Volunteer Reserves, and was made Police aide-de-camp[1] to Almarhum Sultan Idris Shah II in 1963.

Allahyarham was a keen vintage and classic car collector. His vintage car collection was once featured on TV3’s Majalah 3. He was also a member of the Perak Triumph Owner’s Club based in Ipoh.

Allahyarham Raja Dato’ Sharifuddin had issue – four daughters and two sons.

Reference:
1. Appointed ADC to Sultan of Perak. The Straits Times. 1963 September 7.