Keris Almarhum Sultan Ali

Keris Almarhum Sultan Ali (kanan) di muzium V&A, London. (Photo: Raja Mahariz Raja Muzaffar)

Gambar di atas menunjukkan dua keris yang berasal dari negeri Perak, dan sekarang dipamerkan di muzium Victoria & Albert di London. Mengikut keterangan di pameran tersebut, keris di sebelah kanan merupakan keris kepunyaan Almarhum Sultan Ali yang dikatakan mangkat pada tahun 1671. Kami di SembangKuala berpendapat yang jika benar keris ini dahulunya kepunyaan Almarhum Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah, tarikh 1671 adalah salah kerana Almarhum mangkat pada tahun 1871. Keris ini bertatahkan perak dan kaca.

Keris yang di sebelah kiri pula mempunyai hulu yang dibuat dari tulang binatang dan diukir bentuk kepala burung. Tidak diketahui pula siapa tuan asal keris berhulukan kepala burung ini. Kedua-dua keris ini berada dalam koleksi E.S. Wilkinson sebelum diberi kepada muzium V&A.

Leave a comment