Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan

Artikel ini adalah berhubung hal ehwal yang melibatkan peraturan-peraturan tertentu tentang cara-cara memakai darjah-darjah kebesaran,bintang-bintang dan pingat-pingat Negeri Perak Darul Ridzuan. Cara-cara memakai darjah kebesaran dan bintang-bintang Negeri Perak Darul Ridzuan adalah seperti yang dijelaskan didalam buku Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan.

PAKAIAN DIF-DIF JEMPUTAN
RAJA BERGELAR, WARIS NEGERI, ORANG BESAR PERAK (LELAKI & PEREMPUAN)

– Pakaian Kebangsaan Rasmi yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak
– Pakaian Yang Berhormat bagi perempuan yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak
(Baju Kebaya Labuh/ Baju Kurung Labuh)

Pakaian Ahli Dewan Negara Perak

AHLI DEWAN NEGARA PERAK (BUKAN RASMI) PENYANDANG DARJAH KEBESARAN DATO’ SERI/ DATO’

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan Rasmi, bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris yang telah diluluskan oleh Dewan Negara Perak. Bagi Ahli Dewan Negara Perak (Bukan Rasmi) boleh berkeris

WANITA
– Pakaian Istiadat yang diluluskan untuk penyandang Darjah Kebesaran Dato’ Seri/ Dato’
(Baju Kebaya Labuh/ Baju Kurung)

Pakaian Ahli Dewan Negara Perak

AHLI DEWAN NEGARA PERAK, AHLI PARLIMEN, SENATOR DAN PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, ANGGOTA TENTERA DAN POLIS DIRAJA.

– Pakaian Rasmi Istiadat (No. 1 Dress) hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada)

– Pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara tidak lagi boleh memakai Pakaian Rasmi Istiadat (No. 1 Dress) yang merupakan Pakaian Seragam Perkhidmatan (Services Uniform)

MUFTI, HAKIM DAN PENSYARAH

– Yang mempunyai jubah (Robe) rasmi – boleh memakainya
Hendaklah lengkap dengan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-Pingat (jika ada)

Pakaian Istiadat - No. 1 Dress

ORANG AWAM

BAKAL PENERIMA DARJAH KEBESARAN NEGERI PERAK
BERGELAR DATO’ SERI/ DATO’

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan Rasmi (untuk penyandang Darjah Dato’ Seri/ Dato’), bertengkolok, berbengkung dan tidak berkeris
– Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam benang emas, bertengkolok hitam dan berbengkung hitam
– Memakai Lounge Suit berwarna gelap dan bersongkok hitam (bukan warganegara)

WANITA
– Pakaian Istiadat yang diluluskan untuk menyandang Darjah Kebesaran Dato’ Seri/ Dato’ (baju kebaya labuh)
– Baju Kebaya Labuh berselendang (tidak sedondon)

JEMPUTAN LAIN

LELAKI
– Pakaian Kebangsaan warna hitam, kain samping hitam benang emas. bagi jemputan yang bukan melayu bolehlah memakai lounge suit berwarna gelap dan bersongkok hitam (bukan warganegara)

PEREMPUAN
– Baju Kebaya Labuh/ Baju Kebaya Labuh
Hendaklah memakai Bintang dan Pingat-Pingat (Jika Ada)

PERATURAN MEMAKAI DARJAH KEBESARAN YANG MEMPUNYAI KALUNG SEUMPAMA S.P.S.A., D.S.A., S.P.C.M., DAN S.P.T.S.

HENDAKLAH DIPATUHI IAITU :

“Apabila memakai Kalung bagi sesuatu Darjah Kebesaran, Selepang Darjah Kebesaran itu tidak boleh dipakai bersama, tetapi selepang bagi Darjah Kebesaran yang lain boleh dipakai jika seseorang itu mempunyai Darjah Kebesaran yang lain. Jika seseorang itu telah dikurniakan lebih dari satu pengurniaan yang mengandungi Kalung, hanya satu Kalung sahaja boleh dipakai pada satu-satu masa”.

PERINGATAN UMUM

  • Bakal-bakal penerima Darjah Kebesaran tidak dibenarkan memakai sebarang Darjah Kebesaran atau pingat-pingat yang telah diterima sebelum ini semasa istiadat menerima penganugerahan Darjah Kebesaran,
  • Tidak memakai warna kuning, putih dan ungu (Berbaju kemeja putih dibenarkan),
  • Segala jenis bunga (perhiasan di kepala), tidak boleh dipakai bagi wanita,
  • Apabila duduk di Balairong Seri, jangan duduk bersila panggung atau kaki atas kali (bersilang kaki),
  • Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit (handphone) ke dalam Balairong Seri,
  • Bakal penerima/ dif-dif jemputan lelaki hendaklah berkasut kulit hitam dan berstokin hitam.

Sumber :
1. Buku Panduan Pakaian Bagi Menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
2. http://epla.perak.gov.my/informasi_pingat.html

Leave a comment