Perak after the reign of Sultan Ali: 1871 and beyond

Pada 26 Mei 1871, baginda Sultan Ali (1865-1871) telah mangkat. Seisi negeri telah berkabung 100 hari tanda dukacita di atas kemangkatan Baginda.  Menurut adat istiadat Negeri Perak, tiada boleh Sultan yang mangkat itu dimakamkan selagi penggantinya belum dilantik.  Istiadat inilah yang menjadi punca kelewatan pemakaman Baginda Sultan Ali. Istiadat pemakaman telah ditangguhkan selama 32 hari kerana menunggu ketibaan Raja Muda Abdullah dari Hilir Perak.  Baginda adalah raja yang paling berhak menggantikan Sultan.  Raja Muda Abdullah enggan hadir menziarahi jenazah Sultan Ali atas dua sebab:

1. Baginda tidak mahu melalui kawasan Senggang tempat Raja Yusuf iaitu musuh baginda untuk sampai ke Sayong

2. Baginda memang tidak disukai oleh rakyat di Utara Perak

Oleh kerana pemakaman sultan Ali tidak dapat ditangguhkan lagi, Pembesar-Pembesar Negeri, dengan nasihat Ngah Ibrahim Menteri Larut, telah mengambil keputusan melantik Raja Bendahara Ismail sebagai pengganti Sultan.  Perlantikan Raja Bendahara Ismail yang lemah itu sengaja dirancang oleh Ngah Ibrahim bagi memudahkan beliau menguasai Kerajaan Perak kelak. Lagipun sebagai pembesar yang terkaya dengan pendapatan sebanyak 200 ribu ringgit setahun, memang mudah sekali bagi beliau memperngaruhi rakyat Negeri Perak. Tindakan dan rancangan Ngah Ibrahim itu amat dimurkai oleh Raja Abdullah. Untuk membalas perbuatan itu, Baginda telah membantu kumpulan Kongsi Gelap Ghee Hin menentang Hai San yang disokong oleh Ngah Ibrahim dalam peperangan di Larut. Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Harry Ord cuba mengatasi masalah peperangan ini secara rundingan tetapi gagal. Walaubagaimanapun, masalah kuasa ini dapat diselesaikan oleh Gabenor Sir Andrew Clark, pengganti Sir Harry Ord, dengan menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Dalam Perjanjian ini, Raja Muda Abdullah telah diktiraf sebagai Sultan yang sah manakala Sultan Ismail diberikan sebuah Wilayah yang kecil dan dibayar wang pencen sebanyak 1,000 ringgit setiap bulan. Di samping itu, mengikut perjanjian ini seorang Residen akan dilantik bagi menasihatkan Sultan dalam segala hal pentadbiran negeri kecuali mengenai soal agama Islam dan adat resam.

Pada awal tahun 1875, J.W.W. Birch telah menemui Sultan Ismail di Belanja, Perak untuk mendapatkan Alat-alat Kebesaran Kerajaan, Perak. Dalam pertemuan itu Sultan Ismail menyatakan kepada Birch bahawa Baginda akan menyerahkan alat-alat kebesaran itu kepada Raja Abdullah sendiri. Walaubagaimanapun, Sultan Ismail tidak menyerahkan alat-alat kebesaran itu kepada Raja Abdullah ataupun Birch seperti yang dijanjikan.

Alat-alat kebesaran itu adalah sangat perlu kepada British untuk menabalkan Raja Abdullah sebagai Sultan Perak yang sah. Raja Abdullah telah dilantik oleh British sebagai Sultan melalui Perjanjian Pangkor 1874. Perlantikan ini dibuat tanpa penyertaan alat-alat kebesaran negeri. Mengikut adat istiadat raja-raja Melayu, perlantikan ini adalah tidak sempurna. Sebaliknya, Sultan Ismail telahpun dilantik oleh pembesar-pembesar Perak dengan diiringi alat-alat kebesaran. Ini bermakna pada tahun 1874, terdapat dua orang Sultan di Perak. Bagi Raja Abdullah, campurtangan British sangat diperlukan untuk membolehkannya menduduki takhta Kerajaan Perak kerana baginda sepatutnya menggantikan Sultan Ali. Oleh kerana Raja Abdullah tidak dapat hadir di hari pemakaman Sultan Ali, maka pembesar-pembesar Perak mengambil keputusan melantik Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan. Ini dilakukan kerana dalam adat istiadat dan sistem politik Melayu seseorang Sultan itu ditabalkan terlebih dahulu sebelum Sultan yang mangkat dimakamkan.

Penabalan Raja Bendahara Ismail menjadi Sultan Perak menyebabkan timbulnya persaingan dari Raja Abdullah untuk menduduki takhta Kerajaan Perak. Dengan campurtangan British kemudiannya, Raja Abdullah dilantik menjadi Sultan Perak dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta dan diberi pencen seperti termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874 itu.

Tindakan British itu telah menimbulkan rasa tidak puashati Sultan Ismail dan pengikut-pengikut Baginda. Campurtangan British di Perak tidak direstul sama sekali oleh Sultan Ismail dan pembesar-pembesar yang menyokong baginda. Oleh itu, apabila Birch cuba mendapatkan alat-alat kebesaran Perak daripada Sultan Ismail, Baginda telah tidak melayani kehendak Birch itu.

Tidak lama kemudian, pada 21 Julai 1875, satu mesyuarat telah dilangsungkan di Durian Sebatang, bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan campur tangan Inggeris khususnya pengenalan sistem Residen yang telah menghakis kuasa Raja dan pembesar-pembesar Melayu. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh oleh pembesar negeri Perak seperti Datuk Maharajalela, Datuk Laksamana dan Datuk Sagor. Sultan Abdullah yang baru menaiki takhta kerajaan Perak dengan bantuan Inggeris juga turut menghadiri mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat itu beberapa syor telah dikemukakan tentang cara-cara untuk membunuh J.W.W. Birch. Pelbagai cara telah dicadangkan dan bentuk bertindak membunuh J.W.W. Birch. Walaubagaimanapun akhirnya, syor Datuk Maharajalela dipersetujui dan beliau telah diberi tugas untuk melaksanakannya. Dengan itu Datuk Maharajalela telah mengarahkan anak-anak buahnya Pandak Endut, Kulup Ali, Siputum, Ngah Jabar dan Setuah untuk menjalankan tugas membunuh Birch. Akhirnya pada 2 November 1875. J.W.W.Birch telah berjaya dibunuh di Pasir Salak, Kampung Gajah, ketika beliau sedang mandi.

Latar belakang mengenai J.W.W. Birch. Dia telah dilantik sebagai Residen Negeri Perak pada 14 Disember 1874, berikutan dengan termetrainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Sebagai Residen, Birch diberi tugas sebagai penasihat semua perkara dalam pentadbiran negeri Perak kecuali perkara yang berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sebagai seorang yang tidak boleh berbahasa Melayu, Birch tidak dapat berhubung dengan baik dengan masyarakat setempat. Tambahan pula beliau adalah jahil mengenai adat istiadat Melayu serta memandang rendah kebolehan Sultan dan pembesar-pembesarnya. Dalam usaha melaksanakan sistem pungutan dan kawalan cukai Inggeris, Birch telah mengisytiharkan bahawa pungutan cukai hanya boleh dijalankan oleh pemungut-pemungut yang dilantik oleh Residen Inggeris. Tindakan Birch yang sedemikian telah ditentang oleh Datuk Maharaja Lela dan Sultan Perak ialah Sultan Abdullah.

Dengan kejayaan pembunuhan Birch itu telah menaikkan lagi semangat orang-orang Melayu Perak untuk menentang Inggeris yang menceroboh tanah air mereka dan membawa kepada tercetusnya peperangan yang besar di antara kedua pihak.

Pada 24 Mac 1876, Pihak Tanah Jajahan Inggeris di London telah melantik Philippon Plunket & Paul sebagai Pesuruhanjaya bagi mengkaji kedudukan Sultan Ismail dan kekacauan yang berlaku di Negeri Perak. Hasil dari kajian itu pihak Inggeris mendapati bahawa kekacauan itu berlaku akibat dari tentangan pembesar-pembesar di Perak. Penentangan itu juga bermula apabila Sultan Abdullah tidak berpuas hati dengan Perjanjian Pangkor pada 1874. Penentangan yang diketuai oleh Dato Maharaja Lela dengan dibantu oleh Pembesar-pembesar Negeri Perak yang lain mencapai kemuncaknya apabila, pihak J.W.W. Birch telah dibunuh dan Inggeris bertindak balas terhadap penentangan itu. Ekoran dari itu Sultan Ismail telah melarikan diri bersama-sama dengan 180 orang pengikut-pengikut baginda dan membawa alat-alat kebesaran Kesultanan Negeri Perak. Akhirnya Sultan Ismail menyerah diri kepada Colonel Anson pada 23hb Mac, 1876. Baginda kemudiannya dibawa ke Singapura dan menyerahkan alat-alat kebesaran kesultanan Perak kepada Gabenor. Sementara itu Dato’ Maharaja Lela ditangkap dengan bantuan Sultan Johor dan Sultan Abdullah telah dibuang negeri.

Hasil dari kajian tersebut, Raja Yusuf telah dilantik sebagai Pemangku Sultan Perak pada 27 Julai 1877, dengan memakai gelaran ‘Regent’. Tujuan perlantikan ini dibuat ialah untuk mengisi kekosongan takhta Kerajaan Perak setelah Sultan Abdullah disingkirkan oleh Inggeris kerana terlibat dalam rancangan pembunuhan J.W.W. Birch pada 2hb. November 1875. Raja Yusuf tidak dilantik terus sebagai Sultan kerana beberapa sebab. Pertama, adalah kerana Baginda merupakan seorang raja yang lemah dan tidak disukai oleh pembesar-pembesar negeri. Oleh itu baginda terpaksa menjadi pemangku Sultan selama hampir 10 tahun. Perlantikan Raja Yusuf yang lemah ini sebagai Pemangku Sultan telah memaksa pihak Inggeris mengatur langkah-langkah supaya baginda dapat diterima oleh semua lapisan rakyat sebagai Sultan. Untuk itu Presiden Hugh Low telah melantik Raja Yusuf menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang ditubuhkan pada 10 September 1877. Walaubagaimanapun kedudukan baginda dalam Majlis tersebut juga sering dicabar oleh Raja Idris yang juga berhak terhadap takhta Kerajaan Perak. Pada tahun 1878, Raja Idris telah berkahwin dengan Raja Nuteh Aisah iaitu puteri Sultan Yusuf. Dengan perkahwinan ini, Sultan Yusuf yang telah uzur dan lanjut usia itu banyak menyerahkan urusan-urusan pentadbiran kepada Raja Idris. Penyerahan tugas-tugas ini telah membolehkan Raja Idris meluaskan pengalaman dalam urusan pentadbiran negeri. Oleh yang demikian apabila Sultan Yusuf diisytiharkan dengan rasminya menjadi Sultan Perak pada 27hb. Oktober, 1886, Majlis Mesyuarat Negeri juga telah bersetuju supaya Raja Idris ditabalkan menjadi Raja Muda Perak. Sesungguhnya perlantikkan Raja Yusuf sebagai pemangku Sultan pada hari ini dalam tahun 1877, banyak dipengaruhi oleh pihak Inggeris. Mereka sengaja melantik Sultan yang lemah bagi memudahkan pihak Inggeris meluaskan campur tangan dalam soal-soal pentadbiran negeri Perak.

[Sumber: Arkib Negara Malaysia]

18 thoughts on “Perak after the reign of Sultan Ali: 1871 and beyond

  1. “Ini bermakna pada tahun 1874, terdapat dua orang Sultan di Perak.” – history repeats itself (re: recent Perak political turmoil). pisang berbuah dua kali indeed. 😀

    Very comprehensive and detailed entry. I enjoyed the read!

    Useless trivia: Sir Andrew Clarke was an old boy of my school (Portora Royal School) in Enniskillen, Northern Ireland. Dunia ni memang kecik.

  2. Sultan Idris 1 berkahwin dengan Raja Nuteh Aishah pada 1878. Adalah diandaikan Sultan Abdul Jalil dilahirkan pada 1879* atau 1880. Tiada catatan dimana2 tentang tarikh lahir baginda.

    If that’s the case, Sultan Abdul Jalil is Sultan Idris’s third child (not the eldest).
    1. Raja Abdul Hamid (1873 – 1897)
    2. Raja Ngah Halimah (1875 – 1938)
    3.Sultan Abdul Jalil (1879*-1918)
    4.Sultan Iskandar (1881 – 1938)
    5. Raja Puteh Mahyah (? – 1966)
    6. Raja Kecil Sulong Harun Al-Rashid (1882 – 1945)
    7. Raja Puan Muda Raja Puteh Kelsom (?)
    8. Raja Bendahara Raja Abdul Rashid (1889 – 1958)
    9. Raja Badariah (?)
    10. Raja Haji Shuib (? – 1974)
    11. Raja Perempuan Khadijah (1895 – 1939)
    12. Raja Arbiah (1896 – 1919)
    13. Raja Shahruddin (1897 – 1965)
    14. Raja Halijah (?)
    15. Tengku Ampuan Selangor Raja Fatimah (1899 – 1983)

    //

    • Salam,

      Thank you for this piece of historical account involving my great grandfather, Almarhum Sultan Abdullah.

      Jannah, just wondering, if Almarhum Sultan Idris I wedded Raja Nuteh Aishah in 1878, then I presume his 1st & 2nd offsprings, namely Raja Abdul Hamid & Raja Ngah Halimah were born of a different wife?

      Mahariz, interesting comparison & observation about the current Perak imbroglio with that of 1874. 🙂

      • Nde Yam

        Thanks. Actual pisang berbuah-ed ‘tiga kali’ – Sultan Muzaffar Shah III and his brother Sultan Muhammad fought and Perak was torn in two, and had two Sultans for a short while before they finally reconciled.

        As for Sultan Abdullah tales on SembangKuala, click on ‘abdullah’ in the tag cloud and you’ll be taken to more Sultan Abdullah-related posts. And there will be more in the future, so keep your eyes peeled!

        -M.

    • Assalammualakum kepada raja Nurjannah,saya ingin mengetahui salahsilah almarhum ninda saya iaitu ayahnda kepada bonda saya Asiah binti Yusoff Ibnu Abu Nasir dikatakan berasal dari salahsilah keturunan puteri Sultan Idris 1 dengan permaisuri ke-berapa tidak diketahui dan siapakah Ayahnda kepada Abu Nasir dikatakan seorang darah raja dari seberang indonesia yang berkahwin dengan puteri sultan Idris 1,Jika saya kemukakan pertanyaan siapakah nama Tuanku Puteri Sultan Idris itu?dan darah raja yang berasal di Indonesia Itu?Badariah?..Zanariah???Binti Sultan Idris itu?..
      itu saja..dengan tidak yakin atau sahihnya maklumat tersebut.Begitu juga dengan Paduka yang berdarah raja itu tersebut,nama dan salahsilah keturunan beliau protokol serta adat istiadat sudah tiada lagi,tetapi waris keturunan wujud.

    • Ninda saya berkahwin dengan orang biasa bukan berdarah raja kerana tiada seorang puteri lagi ketika itu.Pernah memasuki istana kerana dibesarkan oleh ninda di istana,nindanya seorang puteri dari Sultan perak ketika itu.(Sultan Idris Shah 1)Ninda saya seoarang anakanda yang kelapan dan juga anak yang bongsu 8orang adik beradik.Ayahndanya bernama Abu Nasir Ibnu???tidak diketahui nama dan salah silahnya oleh saya.Terdapat foto pelakon filem seri dewi gelaran yang diberi oleh Tan sri P.ramlee yang nama sebenar nya Tengku Asmah binti Tengku Ahmad,ninda saya kata itu anak saudaranya,ninda saya kata dia adalah raja tetapi saya tidak pernah terlihat peralatan,protokol,alat kebesaran keluarga kami jika kami berketurunan raja.persoalan tersebut melalui web ini mogalah kirannya dapat mencari maklumat tersebut.

  3. i’ve a scanned copy of an article (26/3/1996) from the NST in which there was an interview with arwah Ayah Azam (Raja Dato Seri Azam R Kam) about how the Pangkor Treaty had one clause (item 6) which differed in the malay version when compared to the english version (the english version contained words more in favor to the Brits, obviously) – the root of the discontent and the subsequent plundering of Perak’s (and the rest of Malaya’s) natural riches. will be doing an entry around that in a bit on my blog, so i’ll keep you up to date when it is published.

  4. Pingback: 24th Sultan of Perak: Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah (1865-1871) « SembangKuala BLOG

  5. Pingback: 26th Sultan of Perak: Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah (1874-1876) « SembangKuala BLOG

  6. Pingback: 27th Sultan of Perak: Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (1886 – 1887) « SembangKuala BLOG

  7. Pingback: 28th Sultan of Perak: Sultan Idris Murshidul Azzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar (1887-1916) « SembangKuala BLOG

  8. * next change * – rasanya dari panggung wayang bilamana cerita terbaru akan sampai terpampang di papan iklan sebagai NEXT CHANGE.

  9. Pingback: Siri ‘A History of Perak’ I: Campurtangan British | SembangKuala

Leave a comment