Sambungan Bahagian II:- Penghijrahan Raja Muda Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud (Melaka) Dari Negeri Kampar Ke Negeri Perak

Intipati Ceramah oleh Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin Ibni Almarhum Raja Muda Musa didalam SEMINAR SEJARAH MASYARAKAT KAMPAR MALAYSIA (IKMAL) pada 3hb Disember 2011, berlangsung di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sambungan Bahagian I:- Penghijrahan Raja Muda Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud (Melaka) Dari Negeri Kampar Ke Negeri Perak

ERA PERAK :
Mulai dari menjelang tengahan tahun 1531

DELTA “Pulau Perak”: Peta Inggeris tahun 1800mFoto : Hak milik Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin

7.40 Berlaku perbalahan hak & prestij di antara Manjung & Bruas. Di mana hendak diletakkan Istana supaya tidak kehilangan prestij mereka.

* Tun Saban & Tok Temong menasihat Baginda berpusat di bumi kepulauan Perak jajahan kekuasaan mendiang Tok Masoka.

* Tun Saban & Tok Temong beredar melalui jalan darat utk menyambut Raja Muzaffar di kuala yang terkemuka di persisiran delta Perak.

7.41 Raja Muzaffar & para pengikutnya mengakuri keputusan kompromi para pembesar Perak itu.

Foto : Hak milik Yang Mulia Raja Kobat Salehuddin

Sultan Muzaffar I di Beting Beras Basah masuk mudik nerusi aliran awal Sg.Perak yg ketika itu pada zaman aloran Fasa III @ Fasa IV
* Fakta ancaman pihak Portugis diambil kira. Raja Muzaffar & Tun Mahmud mengambil keputusan bermastautin di hulu delta.

7.42 Rombongan Diraja bergerak melalui laut perpantaian.

7.43 Peristiwa romantika tersangkutnya Bahtera di BETING BERAS BASAH. { *Lihat peta di sebelah kanan ini }>

7.44 Menubuhkan Istana di tebing Rantau TANAH ABANG. { Di”Air Mati” Kg.Teluk Bakung sekarang }

* Disambut oleh pembesar2 daerah tersebut & mantan pembesar Melaka, Tun Saban, Tok Temong & Tok Batin (delta) Pulau Perak, seisi keluarga.

7.45 Mestika Embun yang dipersembah oleh Tok Temong.
Tok Temong mempersembahkan bagi takhta Perak sebutir GELIGA EMBUN kepada baginda Sultan Muzaffar Shah, disertai bersyarat :-
*Raja pemerintah hanya berkuasa hak memerintah di tebing kanan Sg Perak daripada Hulu hingga Hilir sahaja.

* Jajahan tebing kiri terserah kepada pembesar tempatan.

* Syarat ini digemari oleh sekalian pembesar Manjung, Bruas, dll.

7.46 Selepas terdirinya Istana kediaman Di Raja di tebing Rantau Tanah Abang itu, Sultan pun melantik Tun Mahmud sebagai Bendahara Negeri Perak.

* Tun Mahmud memilih pusat pemerintahannya di PELABUHAN JONG (sekarang dikenali sebagai ‘Changkat Jong berdekatan dengan Sungkai dan Bidor’).

__________________________

Nota kaki: Penulis telah memberi izin dan ehsannya untuk memaparkan hasil penyelidikan dan pengkajiannya ini dengan tanbih (peringatan) bahawa isi kandungannya adalah tanpa prejudis dan prasangka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s